Sukan

5 Pemain Terbaik EPL Minggu Lepas

Victor Lindelof

Manchester United terpaksa bergantung kepada gol sendiri pihak lawan untuk meraih kemenangan terhadap Brighton & Hove Albion di Old Trafford.

Namun, walaupun the Red Devils kurang menyerlah, Victor Lindelof merasakan persembahannya yang terbaik sejak menyertai kelab itu dari Benfica pada bulan Jun yang lalu.

Lindelof yang memaparkan pertunjukkan hambar di sepanjang musim ini, kelihatan menyerlah tatkala persembahan tidak memuaskan United.

Sliding Tackle-nya ke atas pascal Gross menaikkan semangat peminat-peminat the Red Devils apabila mereka kelihatan mula bosan. Jika pemain centre-back ini dapat meneruskan prestasi seperti ini, pasti orang ramai akan mula melupakan permulaan tidak memuaskannya pada permulaan musim ini.

Mamadou Sakho

Crystal Palace masih lagi di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris, namun the Eagles mengambil langkah penting di dalam perjalanannya untuk mengelak daripada dicicirkan dari liga itu apabila mereka menewaskan Stoke City di dalam masa tambahan yang dijaringkan oleh Mamadou Sakho.

Jaringan Sakho pada minit ke-92 itu bermakna Palace kini hanya 3 mata dari kawasan selamat.

Centre-back dari Perancis itu diberi tugas menjadi kapten untuk perlawanan itu, dan jaringannya menjadi penyeri kepada malamnya yang sungguh baik, apabila dia juga turut membuat 4 clearance, 2 tackle dan 1 sepakan ke arah gol yang berjaya dihalang pihak lawan.

Crystal Palace tidak pernah menjaringkan gol kemenangan di waktu kecederaan separuh masa kedua sejak 1998.

Harry Kane

Ia adalah malam yang sunyi buat Harry Kane. Walaupun begitu, penyerang England itu masih meninggalkan kesan di Stadium Wembley dan menidakkan kemenangan kepada pasukan Gary Megson, West Bromwich Albion.

Tottenham bergelut untuk membuka pertahanan West Brom, sehinggalah minit yang ke 74, apabila Kane menghasilkan jaringan penyamaan.

Ia adalah gol yang ke-40 Kane di semua perlawanan pada tahun ini, dan ia menjadi peringatan kepada kebolehannya untuk mengubah keputusan perlawanan dengan mudah.

Walaupun kelihatan suram, namun dia masih berbisa.

Marvin Zeegelaar

Sukar dipercayai kemenangan Watford ke atas Newcastle United hanyalah perlawanan kedua Marvin Zeegelaar di dalam Liga Perdana Inggeris. Pemain pertahanan sayap dari Belanda itu adalah pemain terbaik the Hornet pada malam itu. Merobek barisan pertahanan the Magpies dengan mudah sekali

Zeegelaar menyertai Watford dari Sporting Clube de Portugal pada bulan Ogos yang lalu. Dia di letakkan di posisi pertahanan sayap di dalam formasi 3-4-3.

Produk akademi AFC Ajax itu membantu jaringan gol yang disudahkan oleh Will Hughes, dan menamatkan perlawanan itu dengan 4 hantaran penting dan 2 kelecek.

Eden Hazard

Eden Hazard langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kepenatan di Anfield. Penyerang dari Belgium itu mempamerkan pertunjukan tanpa cacat-cela menentang Liverpool, hanya 3 hari selepas kemenangan Chelsea ke atas Qarabag FK dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Hazard mencuri peluang apabila Liverpool memutuskan untuk bermain secara bertahan. Menggunakan ruang yang diberikan kepadanya di sepanjang perlawanan. Dia menguji Simon Mignolet, melegakan tekanan terhadap Danny Drinkwater, mencipta peluang menerusi sepakan sudut, melancarkan serangan balas, serta membantu jaringan gol apabila Willian menjaringkan gol penyamaan yang begitu menakjubkan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker