Isu SemasaTempatan

Realiti Kes Buang Bayi Di Malaysia

Pada bulan lepas, pihak polis telah menahan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun selepas mengaku telah membuang seorang bayi dan meninggalkannya di beranda rumah jirannya di Batu Pahat.

Ia telah dijumpai oleh jiran-jiran remaja tersebut sebelum dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

The Star mengatakan, remaja tersebut yang bekerja sebagai pembantu di sebuah gerai makan, telah ditahan di bawah pertuduhan menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi.

HUKUMAN KES BUANG BAYI SEDIA ADA MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN

Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda.

Dalam kes ini, walaupun dia menyayangi serta mengambil berat tentang keadaan bayinya, dia merasakan terpaksa membuang bayinya kerana merasakan keluarganya dan masyarakat sekeliling akan menghukum dirinya kerana mempunyai anak luar nikah.

Justeru, dia meletakkan bayi perempuan yang baru dilahirkan tersebut di beranda rumah jirannya dengan harapan bahawa seseorang akan terjumpa dan menjaga bayi itu.

Tindakan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis remaja yang membuang bayi  namun mengasihi bayinya akan memberi mesej kepada orang ramai bahawa mereka yang melakukan perbuatan yang serupa akan dibawa ke mahkamah, dikenakan hukuman penjara atau didenda, atau kedua-duanya.

Hal ini akan menyebabkan ramai gadis yang mempunyai anak tidak sah taraf bertindak membuang bayi mereka di tempat-tempat yang terpencil kerana takut dipenjarakan, menjadikan masalah buang bayi yang sedia ada lebih teruk.

Bayi yang dibuang  di  dalam tong sampah,  pusat pengumpulan sampah atau berhampiran sungai, pasti akan mati dalam keadaan yang mengerikan.

Tetapi bagi kes ini, bayi perempuan tersebut diletakkan di tempat yang mudah dijumpai, memberinya peluang yang baik untuk hidup.

Jadi gadis ini sepatutnya didenda dengan aktiviti khidmat masyarakat dan bukannya dipenjarakan.

STATISTIK KES BUANG BAYI

Laporan polis mengatakan secara purata, seramai 80 orang bayi dibuang dalam tempoh setahun. Namun begitu, angka ini hanya mewakili bilangan bayi yang telah dijumpai.

Angka ini juga tidak termasuk bilangan gadis yang tidak pernah berkahwin serta bawah umur yang telah mengugurkan bayi mereka secara haram di klinik-klinik swasta.

Bayi yang tidak diingini telah dibuang di pelbagai tempat mengerikan dan menjijikkan seperti mangkuk tandas, tempat pengumpulan sampah, sungai-sungai, tong sampah malah ada juga yang dibuang di bangunan terbengkalai.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam setahun sebanyak  18,000 kes remaja hamil berlaku di negara ini. Daripada jumlah ini, 4,500 adalah bayi luar nikah. Angka ini juga hanya berdasarkan bilangan gadis yang telah mendapatkan rawatan di klinik kerajaan.

PENERIMAAN MASYARAKAT PUNCA BAYI DIBUANG

Apa yang membuatkan gadis-gadis ini  sanggup membuang darah daging mereka sendiri?

Masyarakat dan norma-norma sosial membuatkan mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana gadis-gadis yang melahirkan anak luar nikah sering terpaksa berhadapan dengan keadaan yang sangat sulit dan sering kali berseorangan.

Mereka tidak  mendedahkan mereka sedang berbadan dua atas sebab, takut dipulaukan keluarga kerana telah memalukan serta menjatuhkan maruah keluarga mereka.

Ramai daripada mereka  telah diperdaya untuk melakukan hubungan seks dengan teman lelaki mereka.  Setalah mendapati diri mereka hamil, teman lelaki tersebut  akan ‘hilang,’ seterusnya meninggalkan gadis itu untuk menanggung kesilapan atas perbuatan mereka berseorangan.

Selagi masyarakat menghakimi gadis-gadis  ini serta bayi-bayi  luar nikah, masalah buang bayi akan terus berleluasa di negara kita.

Seks sebelum berkahwin dan kehamilan ketika remaja tidak dapat dielakkan  daripada berlaku walaupun masyarakat mempunyai nilai keluargaan, kebudayaan dan keagamaan yang tinggi.

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

Ibu bapa harus  berfikiran lebih terbuka serta memberi sokongan terhadap anak gadis mereka yang telah terjebak dalam masalah ini.

Sekaligus mengubah mentaliti  biar mati anak, jangan mati adat yang telah lama tertanam dalam masyarakat kita.

Pihak bertangungjawab sepatutnya membuka lebih banyak pusat (baby hatch) untuk gadis-gadis ini untuk meninggalkan bayi  mereka dalam keadaan yang selamat.

Dalam situasi seperti  ini, hak kerahsiaan ibu-ibu muda ini mestilah dijamin.

Malah,  mereka  tidak patut didakwa apabila mereka membuat keputusan untuk meletakkan bayi mereka di pusat-pusat ini.

Pusat ibadat, hospital dan klinik yang mudah diakses orang ramai, boleh bertindak sebagai zon ‘drop-off’ (pusat peninggalan bayi) seterusnya bayi-bayi ini boleh boleh dipindahkan ke pusat pengumpulan bayi atau pusat kebajikan.

Kesimpulannnya, segala tindakan yang bersesuaian perlu diambil, untuk memastikan tidak ada lagi bayi maut dalam keadaan yang tragik atas kejahilan ibu bapa mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker