Events

Event Menarik 25 – 26 November

Expo Negaraku 2017

Tempat: Dataran Merdeka
Tarikh: 15 November – 15 Disember
Masa: 10 AM – 10 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka adalah ekspo infrastruktur terbesar mempamerkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera bagi rakyat Malaysia.


ALOHA Night Market

Tempat: DR.Inc
Tarikh: 26 November
Masa: 5 PM – 10 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Hawaii Tourism Southeast Asia dan Nala Designs bekerjasama dalam menganjurkan Pasar Malam ALOHA pada bulan ini! Terdapat aktiviti menarik, makanan dan juga tayangan filem. Di samping itu, persembahan Ukulele dan Hula akan diadakan, jadi jangan lupa bawa tikar piknik anda sekiranya anda ingin bersantai sambil menikmati persembahan.


Buy For Impact

Tempat: Publika
Tarikh: 25 November – 26 Disember
Masa: 10 AM

‘Buy for Impact’ adalah tentang penggunaan kuasa beli anda. Pembelian anda digunakan untuk menangani isu-isu sosial seperti masalah gelandangan, belia yang berisiko, komuniti yang terpinggir dan menyokong penjagaan alam sekitar seperti mengurangkan pembaziran. Sertai pasar ini di mana anda akan menemui Impact Driven Entreprises (IDE)  yang akan menceritakan kisah produk atau perkhidmatan mereka di Publika.


Iskarnival Kool 2017

Temapt: Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Tarikh: 25 November – 26 November
Masa: 12PM – 11PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Datanglah ke Iskandar Puteri untuk mengenal trend baru dan melihat pelbagai benda dan aktiviti menarik yang ditawarkan di Iskarnival Kool. Kool juga akan mempersembahkan penyayi terkenal termasuk Kelompok Penerbang Roket, Plague of Happiness, Sheila Majid dan Yuna. Johorians! jangan lupa singgah di sini!


 Durian Cultural Tourism Festival 2017

Tempat: Bentong Chinese Assembly Hall, Bentong, Pahang
Tarikh: 25 November – 26 November

Acara dua hari yang dianjurkan oleh Belt and Road Centre (Mbrace) MCA dengan kerjasama Mango Entertainment oleh Hunan Broadcasting System Company, akan menampilkan gerai-gerai yang menawarkan durian dan produk-produk durian, serta buah-buahan tropika yang lain. “Tawaran istimewa” untuk durian juga akan diadakan 30 minit sebelum pelancaran rasminya pada pukul 2 petang. Jadi untuk semua pencinta durian, pastikan anda datang lebih awal! kerana 50,000 pengunjung dijangka hadir.



Purrballs at C3AFA Singapore 2017

Tempat: Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre, Singapore
Tarikh: 24 November – 26 November
Masa: 9.30 AM – 8 PM
Yuran Kemasukan: Harga tiket bermula daripada RM 40. Tiket boleh dibeli disini.

Ditubuhkan pada tahun 2008, AFA adalah acara budaya J-pop yang terbesar dan paling diikuti di Asia Tenggara (“SEA”) yang terdiri daripada Singapura, Indonesia & Malaysia, dengan sembilan acara yang diadakan dalam 6 tahun dan telah berjaya menarik lebih daripada 130,000 pengunjung pada tahun 2013. AFA telah menjadi terkenal kepada peminat budaya J-Pop di rantau Asia Tenggara, dan merupakan platform untuk menyampaikan semua perkara dalam budaya pop di Jepun.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker