Teknologi

Bas Tanpa Pemandu Menjelang 2022?

Menjelang tahun 2022, Singapura merancang untuk memperkenalkan bas tanpa pemandu di jalan-jalan rayanya.

Bas tanpa pemandu

MEMBANTU ISU KEKURANGAN TENAGA KERJA

Sebagai permulaan serta mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku, kerajaan Singapura mengatakan ia akan mula dipandu di tiga kawasan kejiranan baru yang mempunyai jalan yang kurang sesak.

Bas-bas ini  akan digunakan untuk membantu penduduk bergerak di sekitar komuniti mereka serta ke stesen-stesen keretapi dan bas yang terletak berhampiran mereka.

Disebabkan keadaan Singapura yang padat, teknologi tanpa pemandu itu diharap dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan tanah serta tenaga kerja.

MEMBANTU PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT KE DESTINASI

“Kenderaan autonomi (kenderaan tanpa pemandu) ini akan meningkatkan akses serta perhubungan sistem pengangkutan awam kami, terutamanya untuk warga tua, keluarga-keluarga yang mempunyai anak kecil dan juga mereka yang sukar untuk bergerak,” ujar Menteri Pengangkutan negara jiran tersebut,  Khaw Boon Wan.

Bas-bas  autonomi ini diramal akan melengkapi perkhidmatan bas biasa (yang dipandu manusia). Di samping itu, ia juga akan mula beroperasi di luar waktu puncak.

Tambahan lagi, kerajaan Singapura merancang untuk terus membenarkan pengguna pengangkutan awam untuk menahan bas-bas yang sedia ada menggunakan aplikasi di  telefon bimbit mereka.

KESESAKAN JALAN DI SINGAPURA TERENDAH DI ASIA TENGGARA

Berbanding dengan bandar-bandar lain di Asia Tenggara, Singapura mempunyai kadar kesesakan lalu lintas yang paling rendah. Hal ini adalah disebabkan penguatkuasaan tol dan dasar yang menggalakkan rakyat negara itu menggunakan pengangkutan awam.

Negara itu juga berharap dapat menjadi peneraju dalam sektor teknologi tanpa pemandu.

“Kekangan yang kami alami dalam sektor pengangkutan darat mungkin dapat menjadikan kami  pemain global dalam bidang penyelesaian masalah pergerakan di bandar. Apa yang berfungsi di sini mungkin akan berfungsi di bandar-bandar lain” Encik Khaw berucap pada perasmian pusat ujian  kenderaan autonomi pada hari Rabu lalu.

Pusat ini akan membolehkan pemaju kenderaan autonomi menguji bagaimana keadaan kereta dan bas  tanpa pemandu ini berhadapan dengan pejalan kaki, hujan lebat, pemandu agresif, penunggang basikal, skuter dan senario-senario lain yang boleh berlaku di atas jalan raya

Teksi tanpa pemandu

Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya 10 buah syarikat sedang menguji teknologi kereta tanpa pemandu di Singapura, tambah Khaw.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker