Bisnes & Ekonomi

Apa Itu Cyber Monday?

Di hujung bulan November setiap tahun, anda pasti selalu terlihat atau terdengar tentang jualan Black Friday. Tetapi, pernahkah anda terdengar tentang jualan Cyber Monday?

Apa Itu Cyber Monday?

Cyber Monday disambut meriah di Amerika Syarikat dan jualan ini lebih kurang sama dengan Black Friday. Perbezaannya dengan Black Friday terletak pada hari pelaksanaannya saja dengan Cyber Monday dilaksanakan pada hari Isnin setelah perayaan Thanksgiving.

Cyber Monday adalah hari jualan secara besar-besaran tetapi lebih kepada pembelian secara maya ataupun secara online, berbeza dengan Black Friday yang lebih dijalankan secara pembelian fizikal seperti membeli belah di kedai-kedai.

Menurut BBC, Cyber Monday mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Shop Organisation dan jualan Cyber Monday dikatakan akan menjadi hari membeli belah yang paling besar pada setiap tahun!

Cyber Monday juga boleh dikategorikan sebagai alternatif kepada Black Friday. Jika anda terlepas untuk membeli ketika Black Friday, Cyber Monday adalah sambungan untuk pelanggan membeli barang-barang keperluan.

Membeli barangan ketika Cyber Monday adalah sangat mudah kerana pelanggan boleh membandingkan harga di setiap laman web barangan yang ingin dibeli. Tambahan lagi, pembelian dalam talian boleh dilakukan selama 24 jam tanpa perlu risau waktu tamat operasi.

Untuk anda yang gemar berbelanja dalam talian, Cyber Monday akan berlangsung pada Isnin hadapan iaitu pada 27 November. Beberapa syarikat di Malaysia juga turut mengadakan promosi Cyber Monday seperti Zalora, Shopee, 11Street, Nile dan Shopback.

Tips Berbelanja Ketika Cyber Monday

1. Bandingkan Harga

Sebelum anda membeli, periksa dahulu jika produk yang sama lebih murah di lama web lain dan bandingkan harga barangan dari semua laman web. Pengguna juga dinasihatkan agar tidak terlalu percaya dengan tawaran diskaun yang terlalu tinggi dan tidak munasabah.

2. Ingat Kos Penghantaran

Periksa kos penghantaran sebelum membuat pembelian supaya anda tidak tertipu dengan jumlah harga yang perlu dibayar setelah pembelian disahkan.

3. Pilih Waktu Sesuai

Sesetengah laman web akan tergendala jika terlalu banyak digunakan. Oleh itu, pilih waktu membeli yang sesuai agar pembelian anda tidak tergangguan dengan gangguan teknikal. Waktu pagi cenderung menjadi waktu puncak, jadi pembeli waktu petang mungkin mempunyai masa yang lebih mudah.

Tags
Show More

Related Articles