Sukan

Giovanni van Bronckhorst Pengganti Arsene Wenger?

Arsene Wenger dilaporkan telah mengenalpasti pengurus Feyenoord, Giovanni van Bronckhorst, sebagai “pilihan utama” bagi menggantikannya di Arsenal apabila beliau meninggalkan kelab itu nanti.

Menurut laporan David Woods dari the Daily Star, Wenger berpuas hati dengan prestasi pengurus dari Belanda tersebut dan beliau akan memberikan pandangannya mengenai siapa yang bakal menggantikan beliau nanti, walaupun beliau bukanlah satu-satunya pihak yang akan membuat keputusan itu.

Bronckhorst yang berumur 42 tahun mempunyai 100 caps untuk pasukan kebangsaan Belanda. Beliau juga pernah bermain untuk Wenger di Arsenal, selain berjaya ketika bersama-sama Rangers, Barcelona dan Feyenoord.

Van Bronckhorst mengambil-alih tampuk pimpinan kelab Belanda itu pada 2015 dan membawa mereka ke Piala KNVB pada kempen pertama beliau. Kemudian pada musim selepas itu, beliau membawa kelab itu memenangi kejuaraan Eredivisie pertama kali sejak 1999, di mana mereka mengakhiri musim itu dengan 61 perbezaan gol.

Masa depan Wenger menjadi spekulasi hangat pada musim lepas apabila pengurus dari Perancis itu memasuki tahun terakhir di dalam kontraknya.

Walaupun begitu, Bleacher Report melaporkan bahawa kelab itu tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk persediaan melepaskannya:

Meskipun begitu, peminat-peminat Arsenal yang lantang tidak sabar untuk menyaksikan pengurus mereka itu menamatkan perkhidmatannya di Arsenal

Wenger turut berkata bahawa beliau akan mengambil kira perasaan peminat-peminat mengenai masa depannya:

Walau bagaimanapun,  beliau menandatangani penyambungan kontrak beliau kepada 2 tahun lagi. Walaupun musim bolasepak ini masih panjang, kelab itu bermula suram di Liga Perdana dengan menduduki tangga keenam, 12 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Mempunyai rancangan untuk mencari pengganti apabila beliau menginggalkan kelab ini nanti adalah penting, walaupun tidak mudah untuk menggantikan seseorang pengurus yang telah berkhidmat selama 21 tahun setakat ini.

Van Bronckhorst adalah pengurus muda yang mempunyai masa depan yang cerah, dengan pengalaman bermain di Arsenal serta piala yang dimenanginya musim lepas telah meningkatkan lagi peluang beliau untuk satu hari nanti meneraju kelab yang lebih besar.

Peminat-peminat Arsenal mungkin lebih suka seseorang yang lebih berpengalaman dengan rekod kejayaan di liga yang lebih mencabar, dan mengambil seseorang seperti itu tentunya mempunyai risiko yang lebih sedikit.

Walau bagaimana pun, itu adalah satu keputusan yang Arsenal perlu buat dengan betul.

Manchester united masih lagi sedang pulih daripada keputusan mengambil David Moyes dan Louis van Gaal selepas Sir Alex Ferguson bersara, dan mereka lebih kuat ketika itu (kerana baru sahaja memenangi liga) daripada Arsenal pada saat ini. Jadi kesan akibat kesilapan yang sama boleh menjadi lebih teruk buat Arsenal.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker