Gaya HidupMakan & Minum

Khaolam Snek Tradisi Laos

Jika di Malaysia, lemang adalah pilihan kegemaran sewaktu Hari Raya, di Laos pula khaolam dimakan bila-bila sahaja sebagai kuih atau snek.

Apa itu khaolam?

Khaolam adalah pulut yang dimasak di dalam batang buluh yang kecil.

Sejarah khaolam

Pada musim sejuk, penduduk di kawasan pedalaman Laos akan membakar api dan duduk di sekelilingnya untuk memanaskan badan dan bersembang.

Apabila mereka sedang syok bersembang, mereka mahu melakukan sesuatu untuk melengahkan masa supaya dapat bersembang dengan lebih lama.

Beberapa tahun yang lalu, mereka mendapat sebuah idea untuk membuat khaolam kerana beras yang baru dituai mengeluarkan bau yang harum. Oleh itu, khaolam dicipta sebagai kuih atau snek.

Memandangkan pada waktu itu musim hujan juga telah tamat, batang buluh kecil mudah untuk dicari.

Khaolam sebagai makanan tradisi

Terdapat cerita yang berbeza tentang asal-usul khaolam dan ia bergantung kepada wilayah masing-masing.

Dahulu, khaolam hanya boleh didapati ketika musim penuaian padi dan apabila wanita melahirkan anak.

Berdasarkan tradisi, terdapat banyak makanan yang ibu baharu tidak boleh makan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sehingga setahun kerana ia dipercayai boleh menjejaskan kesihatan ibu.

Ibu muda sangat berhati-hati tentang pemakanan mereka dan hanya akan makan ikan yang tertentu daripada sungai, ayam bebas (free-range), dan sayur-sayuran yang tumbuh di kebun mereka.

Bagi mereka, khaolam adalah antara makanan yang dibenarkan. Ia mengandungi garam tetapi tiada khinzir, kacang, atau kelapa yang merupakan makanan yang dipantang selepas melahirkan anak.

Sewaktu petang, suami akan menebang buluh dan isteri pula akan merendamkan beras. Buluh itu selalunya diletakkan atas api pada waktu malam, selepas makan malam, atau ketika makanan pagi sedang dimasak kerana cuaca pada masa itu sejuk dan mereka mahu duduk bersebelahan dengan api sambil bersembang. Lama-kelamaan, makanan ini telah menjadi tradisi di kalangan rakyat Laos.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker