Gaya HidupPercutian

‘Bubble Hotel’ Di Iceland: Pengalaman Percutian Unik

Setiap pelancong mesti mahukan bilik hotel dengan pemandangan yang indah.

Jika anda ada membuat rancangan untuk bercuti di kawasan pedalaman Iceland, serta membuat tempahan ‘bubble pod’ (pod gelembung), sepanjang berada di sana anda pasti akan disajikan dengan pemandangan yang mengasyikkan.

Terletak di hotel bernama 5 Million Star di Skalholt dan berhampiran sungai Hvítá, setiap bilik menawarkan tetamu pengalaman berada benar-benar di alam semulajadi tanpa perlu melangkah ke luar bilik, lapor Daily Mail.

POD-POD GELEMBUNG UNIK

Direka lutsinar sepenuhnya, sfera-sfera ini membolehkan pelancong menikmati pemandangan pada kadar yang maksimum.

Setiap ‘gelembung’ membolehkan tetamu menikmati pemandangan indah di sekitar mereka dalam keadaan yang sangat selesa.

Malah fenomena unik,  Aurora Borealis (cahaya di langit malam) boleh dilihat beberapa pelancong bertuah.

Fenomena kilauan warna warni Aurora Borealis

Pod-pod yang ditawarkan terbahagi kepada lima:  Una, Asta, Thorunn, Valdis dan Maria. Setiap satunya sedikit berbeza dari segi kemudahan yang ditawarkan.

Namun, biasanya sebuah pod boleh memuatkan dua orang.

Setiap pod bersambung ke bilik mandi dan dapur yang perlu dikongsi. Tetamu juga perlu membawa sabun dan tuala mereka sendiri. Makanan juga tidak disediakan.

Untuk mengembungkan pod, tekanan  berpunca dari sistem pengudaraan senyap digunakan untuk tujuan ini.  Setiap satu jam, ia akan memperbaharui udara di dalam pod secara automatik.

Sistem yang menghasilkan tekanan udara di dalam gelembung

Hal ini menghalang kelembapan daripada terkumpul dalam gelembung.

Untuk memastikan bilik-bilik ini kekal panas sepanjang musim sejuk,  elemen pemanasnya dilengkapi dengan termostat.

 ALAMAT TIDAK DIBERI UNTUK MENGEKALKAN PRIVASI

Uniknya, untuk memastikan kawasan ini kekal aman dan tenang, pusat peranginan ini  juga tidak memberikan pelanggan alamat tepat lokasi hotel-hotel ini.

Alamat hanya disertakan setelah tempahan serta bayaran deposit dibuat. Harga untuk satu pod bermula dari ISK 28.900 ( RM 1142. 35) untuk satu malam.

Ujar Robert Robertsson,  pengasas hotel ini,   ilham untuk mewujudkan bilik dengan dinding lutsinar muncul selepas seorang pengembara mengutarakan bahawa dia tidak tahan menunggu di dalam cuaca yang sejuk untuk melihat fenomena Aurora Boroealis.

Jadi tidak menghairankan, lokasi peranginan ini telah menerima banyak pujian di laman sesawang  TripAdvisor.  Kebanyakan pengembara  memberi markah sebanyak 4.5 bintang.

Seorang pengguna, Gillian S mengulas pengalamannya: ‘Mesti dicuba jika berada di Iceland.

Pengalaman sekali dalam seumur hidup! Cahaya lampu tidak kelihatan pada waktu malam, namun kami  terbangun pada jam 3:00 pagi dengan pemandangan sebanyak 5 juta butir bintang! ‘.

‘Jadikan impian zaman kanak-kanak anda  untuk tidur di tengah-tengah alam semulajadi sebuah realiti.

 Nikmati Aurora Borealis  dan kilauan bintang-bintang di musim sejuk manakala  matahari tengah malam pula di musim panas,’ terang jurucakap hotel.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker