AntarabangsaIsu Semasa

“Katakan Tidak Kepada Cara Barat”

Kuasa Barat sedang cuba untuk menerapkan budaya dan nilai politiknya ke atas negara-negara lain, dan kemudian mendorong mereka untuk meninggalkan budaya sendiri.

Amaran tersebut dinyatakan oleh ketua propaganda China, Huang Kunming, sambil menegaskan bahawa negara itu perlu mengikuti haluan sendiri.

Sejak dilantik menjadi Presiden China pada tahun 2012, Xi Jinping berikrar untuk mempromosikan dan menegakkan nilai-nilai teras sosialis yang amat menekankan patriotisme, budaya tradisional cina, kedaulatan undang-undang, serta keharmonian dan kesejahteraan, antaranya.

Memetik laporan The Star, Xi juga telah melaksanakan beberapa perubahan drastik dengan meningkatkan lagi kawalan ke atas masyarakat sivil, media dan internet di negara itu.

Huang berkata, terdapat ‘gelombang dan pelanggaran yang kuat’ di dunia ini yang melibatkan nilai dan ideologi yang berbeza.

Ujar beliau, negara-negara tersebut “sedang cuba untuk menggoda orang ramai supaya ‘memperindahkan kuasa Barat’ dan mematuhinya, serta melemahkan atau meninggalkan terus identiti mereka dengan budaya rohani mereka sendiri.”

Tambah Huang, budaya tradisional istimewa, takdir bersejarah yang unik, dan keadaan negara China membawa maksud bahawa ia perlu melindungi nilai-nilai yang telah diterapkan dalam budayanya.

Huang turut menegaskan bahawa mempromosikan nilai-nilai teras sosialis merupakan satu-satunya cara yang akan membolehkan rakyat China berdiri teguh di dalam dunia ini.

Pada malam kongres parti pada bulan Oktober, agensi berita China, Xinhua telah ‘menyerang’ demokrasi Barat dengan menyifatkannya sebaga pemecah belah, dan ia juga tidak sesuai untuk rakyat negara itu.

Perlembagaan China memartabatkan peranan parti pemerintah, iaitu Parti Komunis dalam memimpin kerajaan, namun ia turut membenarkan kewujudan pelbagai parti lain di bawah “sistem kerjasama pelbagai parti”.

Walau bagaimanapun, semua parti tersebut perlu patuh kepada Parti Komunis.

Selain itu, para aktivis yang hendak mempromosikan pluralisme turut berdepan hukuman penjara dan individu yang mengkritik sistem pemerintahan China yang berpaksikan sistem ‘authoritarian’ atau ‘kuku besi’ juga diambil tindakan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker