Gaya HidupKesihatan

Apa Itu Angin Pasang?

Menurut WebMd, hernia yang juga dikenali sebagai angin pasang berlaku apabila organ terjulur keluar menembusi sebuah bukaan yang terdapat pada otot atau tisu yang memegangnya.

Sebagai contoh, usus mungkin boleh  terjulur keluar di kawasan lemah yang terdapat di dinding abdomen (perut).

JENIS-JENIS HERNIA

Hernia inguinal

Hernia inguinal berlaku apabila sebahagian kecil dari usus kecil terjulur keluar melalui saluran inguinal iaitu sejenis laluan atau bukaan yang menembusi otot-otot di dinding perut ke pangkal paha lapor Healthline

Terdapat dua jenis hernia inguinal:

  • Hernia inguinal secara langsung berlaku apabila kawasan yang lemah wujud di bahagian bawah otot perut. Selalunya tidak diketahui punca hernia jenis ini
  • Hernia inguinal secara tidak langsung berlaku apabila saluran inguinal gagal tutup sebelum bayi dilahirkan.

Ia berkemungkinan tinggi berlaku di skrotum lelaki atau di lipatan kulit yang terdapat pada pembukaan vagina wanita.

Hernia jenis ini adalah hernia yang paling biasa dialami individu. Ia boleh berlaku samaada  semasa awal kelahiran atau kemudian dalam kehidupan.

 Hernia secara tidak langsung selalunya berlaku pada lelaki.

Hernia Hiatal

Hernia hiatal berlaku apabila sebahagian kandungan perut individu terjulur keluar melalui diafragma ke dalam rongga dada.

Diafragma adalah sejenis lapisan otot yang membantu anda bernafas. Ia mengecut dan menarik udara ke dalam paru-paru.

Ia memisahkan organ-organ yang terdapat di dalam perut dan ruang dada.

Jenis hernia yang ini  biasa berlaku dalam kalangan individu berusia lebih 50 tahun.

Sekiranya kanak-kanak mempunyai keadaan ini, ia biasanya disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran.

Hernia hiatal sering kali menyebabkan refluks gastroesofageal, keadaan di mana kandungan perut naik kembali ke esofagus, hal ini menyebabkan rasa terbakar.

Hernia umbilikal

Hernia jenis ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Keadaan ini berlaku apabila usus mereka terkeluar menembusi dinding perut yang terletak berhampiran dengan pusat.

Bayi penghidap hernia

Mungkin kelihatan benjolan di dalam atau berhampiran pusat bayi tersebut, terutamanya apabila mereka sedang menangis.

Hernia umbilikal adalah satu-satunya jenis hernia yang boleh pulih dengan sendiri semakin otot dinding abdomen (perut) menguat, biasanya apabila bayi tersebut mencecah usia setahun.

Hernia hirisan

Hernia hirisan boleh berlaku selepas anda menjalani pembedahan abdomen. Usus anda mungkin boleh terkeluar melalui parut atau tisu disekililingnyayang lemah.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA HERNIA

Sebarang keadaan yang meningkatkan tekanan rongga perut boleh menyumbang kepada pembentukan atau menjadikan hernia lebih teruk.

  • Obesiti
  • Mengangkat barang-barang berat
  • Batuk-batuk
  • Kesulitan semasa buang air besar atau kecil
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Cecair di dalam rongga abdomen

MERAWAT HERNIA

Hernia biasanya tidak boleh sembuh dengan sendiri jadi pembedahan mungkin satu-satunya cara untuk memulihkannya.

Walaubagaimanapun  doktor anda akan mengesyorkan pilihan terbaik untuk menangani keadaan ini, beliau juga mungkin merujuk kes anda untuk ke pakar bedah.

Sekiranya pakar bedah tersebut memikirkan keadaan tersebut perlu dibaiki  maka pakar bedah akan mencari kaedah terbaik untuk merawat anda.

  • Dalam kes hernia umbilical yang dialami kanak-kanak, pembedahan mungkin disyorkan jika hernia tersebut besar saiznya atau jika ia tidak sembuh apabila kanak-kanak tersebut berusia 4-5 tahun.

Hal ini kerana, biasanya jika pembedahan dilakukan pada usia ini,  komplikasi pembedahan kurang berlaku.

  • Sekiranya orang dewasa mengalami hernia umbilical, pembedahan biasanya disyorkan kerana keadaan ini tidak akan pulih dengan sendiri.

Bergantung pada keadaan,  dua jenis pembedahan ke atas hernia boleh dilakukan, iaitu:

  • Pembedahan terbuka adalah, potongan dilakukan terhadap tubuh, di mana terdapatnya hernia.

Tisu yang terjulur keluar diletak semula ditempat asal, dinding otot yang lemah juga akan dijahit untuk mencantumkannya semula.

Gambarajah menunjukkan bagaimana hernia dipulihkan

Kadang-kala sejenis ‘mesh’ juga  di tampal di kawasan itu untuk memberikannya sokongan tambahan.

  • Pembedahan laparoskopik melibatkan proses baik pulih yang serupa.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan potongan di permukaan badan, sebaliknya hirisan kecil dibuat untuk membolehkan alat pembedahan dimasukkan untuk menjalankan prosedur pembedahan

 MENCEGAH HERNIA

Anda mungkin tidak boleh mengelakkan keadaan otot lemah yang menjadi punca berlakunya hernia.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan tekanan yang dikenakan terhadap tubuh anda.

Hal ini mungkin boleh membantu mengelakkan hernia atau memastikan hernia yang sedia ada tidak menjadi semakin teruk.

Antara tips mengelakkan hernia:

  • Tidak merokok
  • Berjumpa doktor ketika sakit untuk mengelakkan batuk yang berterusan
  • Memastikan berat badan di tahap yang normal
  • Elakkan terlalu memaksa tubuh ketika buang air kecil atau besar
  • Mengangkat sesuatu dengan lutut dan bukannya belakang
  • Elakkan mengangkat sesuatu yang terlalu berat untuk anda

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close