Teknologi

5 Aplikasi Permainan Untuk Kanak-Kanak

Kini terdapat banyak aplikasi dan permainan untuk telefon bimbit dan tablet sehinggakan ia menjadi sukar untuk mencari aplikasi yang bagus.

Sesetengah aplikasi mungkin tidak sesuai dengan umur kanak-kanak yang masih muda, atau penuh dengan iklan yang mengelirukan.

Di sini, The Star menyenaraikan lima aplikasi yang berbaloi untuk dibeli atau dimuat turun secara percuma.

Layton’s Mystery Journey (Perjalanan Misteri Layton)

(Android: RM64.90; iOS: RM64.90)

Siri Layton adalah salah satu permainan pengembaraan teka-teki yang paling popular.

Kemasukan terbaru, Layton’s Mystery Journey, mengikuti formula yang sama dan dipenuhi dengan beratus-ratus teka-teki yang seronok untuk diselesaikan.

Anda bermain sebagai anak perempuan Professor Hershel Layton, Katrielle Layton, yang baru saja memulakan sebuah agensi detektif.

Dia bermula dengan menyelesaikan kes-kes kecil tetapi tidak lama kemudian dia terperangkap dalam misteri besar yang mencabar.

Walaupun kos RM64.90 untuk Android dan iOS, ia adalah pembelian yang berbaloi kerana ia menawarkan sehingga 30 jam permainan atau lebih.

Duolingo

(Percuma dengan pembelian di dalam aplikasi)

Belajar bahasa asing secara tradisional, menggunakan kertas dan pencil mungkin bukan kaedah yang terbaik, terutamanya untuk kanak-kanak.

Duolingo, aplikasi pembelajaran bahasa asinh, adalah antara aplikasi yang terbaik dan percuma dengan lebih daripada 20 bahasa termasuk  Jepun, Korea, Jerman, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Prosessnya melibatkan pembelajaran yang berulang-ulang dengan memadankan vocal dan petunjuk perkataan dan mempunyai pelbagai tahap kesukaran untuk memudahkan pengguna menguasai bahasa baharu.

Daripada membayar untuk buku dan kelas, cuba Duolingo dahulu kerana ia membuatkan prosses pembelajaran seronok dan terurus.

Threes!

(Percuma dengan iklan)

Tetris mungkin salah satu permainan teka-teki terbesar yang pernah dibuat, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa permainan yang serupa.

Antaranya adalah permainan puzzle Threes! oleh Sirvo.

Dikeluarkan pada tahun 2014, permainan ini mudah untuk dimain dengan grid 4×4 dan menggunakan nombor.

Pemain mula memasukkan satu dan dua untuk membentuk tiga.

Selepas itu anda perlu memasukkan bersama gandaan tiga, yang akan menghasilkan nombor yang lebih tinggi.

Matlamatnya adalah untuk membentuk nombor tertinggi sebelum anda kehabisan ruang.

Angry Birds Space

(Percuma dengan pembelian di dalam aplikasi)

Walaupun permainan Angry Birds pertama yang dikeluarkan pada tahun 2009 adalah kejayaan yang hebat, penggantinya yang dinamakan Angry Birds Space masih menjadi kegemaran ramai.

Ia mempunyai pelbagai planet dan menambah unsur baru ke dalam permainan, iaitu graviti.

Pemain perlu melontarkan burung sambil mengambil kira bagaimana trajektori itu dipengaruhi oleh graviti.

Permainan ini mungkin sudah lama kerana penerbit Rovio telah mengeluarkan beberapa edisi baru, termasuk yang berdasarkan Star Wars dan Transformers.

Tetapi Angry Birds Space sangat bagus untuk kanak-kanak kerana mereka dapat bereksperimen dengan graviti sambil berseronok menghancurkan babi hijau di angkasa.

Lego Star Wars: The Force Awakens

 

(Percuma dengan pembelian di dalam aplikasi)

Antara cara yang terbaik untuk mengalami pengembaraan dan perjuangan antara baik dan jahat adalah untuk meletakkan diri di dalam alam semesta permainan Lego ini.

Pembuat mainan gergasi itu telah mengeluarkan beberapa filem dan permainan berdasarkan Star Wars, termasuk permainan ini, jadi anda tidak boleh ketinggalan.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker