AntarabangsaIsu Semasa

Sistem Triaj Di Singapura Dapat Bimbing Golongan Muda

Kira-kira 40% golongan muda yang ditangkap di Singapura tahun lalu dinilai oleh pekerja sosial untuk melihat sama ada mereka lebih sesuai untuk perkhidmatan sosial seperti kaunseling atau pendakwaan.

Pada separuh pertama tahun ini, ia meningkat kepada 50%, menurut angka daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Program yang dipanggil sistem triaj ini, memberi manfaat kepada anak-anak muda berumur 19 tahun ke bawah yang ditangkap atas kesalahan kecil seperti mencuri barang kedai atau bergaduh.

Ia membolehkan anak-anak muda untuk dirujuk dengan cepat kepada perkhidmatan sosial jika perlu. Sistem ini dijalankan di semua bahagian polis pada tahun lepas dan akan dijalankan sehingga tahun 2020.

MSF berkata terdapat 1,089 temuramah triaj pada tahun lepas. Ini adalah kira-kira 40% daripada 2,788 golongan muda yang ditangkap.

Pada enam bulan pertama tahun ini, terdapat 686 temuramah triaj, kira-kira separuh daripada 1,279 belia yang ditangkap.

Setiap belia yang dirujuk kepada triaj menghadiri temuramah dengan penjaga mereka, kata jurucakap MSF.

Kisah disebalik perbuatan

Dalam satu kes, seorang lelaki sekolah menengah yang ditangkap atas perbuatan cuai pada bulan April didapati terjejas oleh kematian ibunya akibat kanser, dan temuramah triaj itu mendedahkan bahawa dia mungkin telah melakukan kesalahan itu disebabkan kesedihan.

Daripada didakwa, lelaki itu dirujuk kepada kaunselor sekolahnya dan dilepaskan dengan amaran.

Temuramah triaj adalah salah satu daripada beberapa program untuk membimbing dan memulihkan golongan muda, dan program-program ini tidak lama lagi akan berpusat di bawah 10 organisasi utama.

Inisiatif lain termasuk Guidance Programme, yang menghantar pesalah pertama kesalahan jenayah ringan ke arah kaunseling dan pemulihan.

Pada bulan April, skim Appropriate Adult juga dilancarkan secara berperingkat, bagi mereka yang berumur bawah 16 tahun. Ia dijalankan oleh sukarelawan bebas semasa temuramah polis.

Pakar mengatakan sistem triaj adalah satu langkah ke arah yang betul, mereka menambah bahawa lebih banyak belia yang ditangkap harus melalui temuramah triaj.

Sunil Sudheesan, presiden Persatuan Peguam-Peguam Jenayah Singapura, mengatakan bahawa triaj adalah tindakan yang lebih memberi kesedaran dan pendekatan kurang punitif pasukan polis sekarang, kerana banyak golongan muda yang ditangkap secara amnya dikenakan hukuman untuk kesalahan kecil.

“Harus ada keterbukaan untuk mengambil langkah-langkah yang tiada kehakiman seperti ini untuk menangani pesalah remaja,” katanya.

“Penjara nampaknya penyelesaian yang mudah, tetapi bukan penyelesaian jangka panjang. Kita perlu sedar akan perkara itu. “

Ketua Eksekutif Persatuan Kanak-kanak Singapura, Alfred Tan juga berharap lebih ramai golongan muda dapat melalui sistem triaj tersebut.

Beliau menambah bahawa nombor mungkin tidak berapa tinggi, kerana kekurangan sumber.

“Sistem ini membolehkan kami mempercepatkan proses itu, membolehkan para belia di dalam penyiasatan dirujuk ke agensi yang betul dalam masa yang sesingkat mungkin,” katanya. Beliau menambah bahawa triaj itu membantu menangani punca masalah yang lebih rumit seperti bergaduh di kawasan awam.

“Ini mungkin masalah permukaan,” katanya.

“Isu disebaliknya mungking disebabkan penyalahgunaan bahan, penglibatan geng atau benda lain.”

Menurut The Strait Times, polis Singapura telah menahan lebih daripada 7,000 suspek muda antara 2011 dan 2015 untuk kesalahan seperti rusuhan, dan hanya 15% didakwa di mahkamah.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker