Isu SemasaTempatan

Rakyat Malaysia Bekerja Lebih Masa Tetapi Tidak Produktif

Secara purata, rakyat Malaysia bekerja 15 jam lebih daripada waktu bekerja setiap minggu – melepasi Singapura, Hong Kong dan Australia – tetapi mempunyai peratusan tertinggi dalam kerugian produktiviti.

Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh AIA Vitality mendapati ramai pekerja Malaysia lebih kuat bekerja, lebih stress, dan menjalani kehidupan yang tidak sihat.

Akibatnya, mereka berisiko tinggi menghadapi masalah kesihatan dan kerugian produktiviti.

Hasil tinjauan

  1. Tinjauan mendapati Malaysia mempunyai peratusan tertinggi pekerja yang tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, iaitu 56%.
  2. Pekerja Malaysia juga tidak aktif dan melaporkan peratusan tertinggi dengan 64%. Mereka mengabiskan kurang daripada 150 minit melakukan aktiviti fizikal setiap minggu.
  3. Disebabkan stress yang tinggi dan gaya hidup yang tidak aktif, tinjauan mendapati 84% pekerja dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya sejenis penyakit sistem rangka otot.
  4. 53% pekerja berisiko menghadapi masalah kesihatan mental.

Tinjauan ini menghubungkan kesejahteraan dan kesihatan pekerja yang lemah dengan kerugian besar kepada produktiviti sebuah organisasi.

Menurut laporan The Star, di Malaysia, kos purata tahunan absenteeism (ketidakhadiran) dan presenteeism (kehadiran) berkaitan dengan kesihatan bagi setiap organisasi, dianggarkan berjumlah RM2.7 juta.

Presenteeism adalah apabila pekerja hadir di tempat kerja walaupun sakit atau tidak produktif.

Antara empat negara yang ditinjau, pekerja Malaysia adalah kedua tertinggi dalam absenteeism dan presenteesim dengan 67 hari setiap tahun.

Tinjauan ‘Malaysia’s Healthiest Workplace by AIA Vitality 2017‘ melibatkan sejumlah 5,369 pekerja daripada 47  buah organisasi.

Tinjauan yang lebih besar, ‘Healthiest Workplace Survey‘ merangkumi 214 buah organisasi dan 10,0001 pekerja di Australia, Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker