Sukan

Itali Gagal Ke Piala Dunia: Di Mana Silapnya?

Itali kini baru sahaja bermula untuk pulih daripada kejutan bahawa pasukan kebangsaan mereka gagal untuk layak ke Piala Dunia. Ini adalah kali pertama mereka gagal untuk berbuat demikian sejak 1958.

Di sini adalah lima perkara yang menyebabkan penyingkiran bersejarah the Azzurri:

 

Salah memilih jurulatih

Gian Piero Ventura mula memimpin Itali setelah tamatnya Euro 2016. Selepas lima tahun yang cemerlang di Torino, di mana beliau membawa mereka dari Serie B pada 2011 ke 16 pasukan terbaik Liga Europa pada 2015. pada tahun 2014, Ventura membawa kelab itu ke tempat ketujuh di dalam Serie A, pencapaian terbaik mereka sejak 1992, dan memberikan kemenangan pertama ke atas Juventus, musuh tradisi mereka, sejak 20 tahun lalu.

Walau bagaimana pun, Ventura tidak dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Antonio Conte, pemenang tiga kali Serie A dan pernah membawa Itali ke suku akhir Euro 2016. Ventura yang berumur 69 tahun pula tidak pernah menguruskan mana-mana kelab Serie A dan hanya pernah mencatat satu piala Serie C pada tahun 1996.

Pengkritik mencadangkan pasukan yang mempunyai empat Piala Dunia dan dua Kejuaraan Eropah pada namanya memerlukan seseorang yang mempunyai reputasi lebih besar.

 

Mengabaikan bakat-bakat muda

Pasukan Itali sekarang ini mungkin tidak sekuat seperti pasukan mereka ketika memenangi Piala Dunia pada 2006 yang lalu, tetapi terdapat ramai bakat-bakat muda yang boleh digunakan. Kunci utama kegagalan besar kempen Piala Dunia mereka kali ini adalah kerana Ventura tidak menurunkan malah tidak memilih langsung pemain-pemain muda yang ternyata berbakat.

Kesebelasan utama pasukan Itali rata-ratanya berusia 25 tahun ke atas, malah enam daripadanya berusia lebih 30 tahun. Pemain-pemain muda seperi Federico Bernardeschi (Juventus), Leonardo Spinazzola dan Mattia Caldara (Atalanta) serta Lorenzo Pellegrini (Roma) langsung tidak kelihatan.

 

Pengurusan yang tidak cekap

Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Carlo Tavecchio bertanggungjawab mengambil Ventura, walaupun terdapat amaran malapetaka akan berlaku, jadi beliau juga patut dipersalahkan.

Ventura tidak meletakkan jawatan beliau, dan FIGC masih teragak-agak untuk memecatnya, dengan Tavecchio mengeluarkan kenyataan bahawa nasib Ventura hanya akan ditentukan pada hari Rabu lepas.

Walau bagaimanapun keputusan baru sahaja dimuktamadkan awal pagi tadi dan Ventura secara rasmi dilucutkan jawatannya.

Alessandro Florenzi sums up the mood after Italy's World Cup failure

 

Negara untuk warga tua

Tavecchio yang berusia 74 tahun menjadi simbol kepada Itali sebagai negara yang dipimpin oleh warga tua di mana umur lebih bernilai warga belia. Beliau mengambil Ventura, yang bakal mencecah umur 70 pada bulan Januari akan datang. Ventura pula terpaksa menggunakan pemain-pemain berumur sepert De Rossi (34) dan Andrea Barzagli (36).

Tavecchio dilantik menjadi presiden FIGC setelah kemenangan undi besar pada 2014, di mana 18 daripada 20 kelab-kelab Serie A menyokong beliau berbanding bekas pemain tengah Italy dan AC Milan, Demetrio Albertini.

Tavecchio memenangi undian itu walaupun selepas beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain-pemain berkulit hitam yang bakal bermain di dalam Itali.

 

Tiada identiti

(Kekurangan) Pengalaman Ventura di tahap tertinggi jelas kelihatan ketika kempen pusingan kelayakan sedang berlangsung, dan Ventura gagal menetapkan sebuah pasukan mahupun sebarang taktik.

Kesilapan ketika menggunakan Jorginho dan Lorenzo Insigne mendapat kecaman pengkritik-pengkritik, di mana jurulatih itu yang enggan bermain corak serangan yang sesuai dengan Insigne, dengan tiga pemain tengah yang dilihat amat bersesuaian dengan pasangan itu di Napoli.

Sebaliknya, Ventura sering menukar formasi dan tidak menghiraukan Jorginho selama dua tahun, sebelum mencampaknya ke dalam perlawanan pada Isnin minggu lalu, ketika harapan Piala Dunia Itali berada di hujung tanduk.

Hanya membenarkan Insigne bermain untuk 14 minit di posisi midfield pada perlawanan first-leg menentang Solna, dan kemudian langsung tidak menurunkannya ketika perlawanan Isnin lalu mengundang kemarahan peminat dan turut dilihat tidak berpuas hati adalah Daniele De Rossi yang hanya duduk di bangku simpanan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker