Hiburan

Jangan Lupa Saksikan Filem Biografi Datuk Lee Chong Wei

Sebuah filem biografi tentang kehidupan Datuk Lee Chong Wei daripada zaman muda beliau sebagai pemain badminton muda dari Penang yang bercita-cita tinggi sehingga menjadi pemain badminton no. 1 di dunia dijadualkan untuk ditayang pada suku pertama tahun 2018.

Lee Chong Wei diarah oleh Teng Bee, yang terkenal dengan filem popular seperti Kepong Ganster dan Kepong Gangster 2.

Lee berkata beliau tidak pernah terfikir bahawa kehidupannya akan dijadikan sebuah filem. “Saya percaya kepada pengarah, yang perlu menceritakan kehidupan saya dalam masa dua jam,” katanya.

Teng menganggarkan kira-kira 60% daripada filem tersebut adalah berdasarkan kehidupan sebenar Lee, manakala selebihnya sama ada fiksyen atau banyak diperbesarkan.

Semua tentang badminton

Menurut Star 2, pada awal tahun ini, uji bakat dijalankan untuk watak utama, dan lebih daripada 2,000 orang telah hadir. Watak utama akhirnya diberi kepada pelakon baru yang berumur 22 tahun, Tosh Chan. Pelakon kanak-kanak Jake Eng, 13, memainkan watak pemain badminton itu ketika usia muda.

Teng berkata watak utama diberi kepada pelakon yang tidak terkenal ini kerana dia percaya ia adalah penting untuk mengambil seorang yang tahu bermain badminton.

“Adegan bermain badminton perlu menyakinkan. Jadi saya memutuskan ia lebih mudah untuk mengambil seseorang yang boleh bermain badminton dan kemudian mengajar mereka untuk berlakon, dan bukan mengajar pelakon bagaimana bermain badminton,” katanya.

Pengeluar filem memutuskan untuk merahsiakan pengeluaran filem ini kerana mereka mengetahui bahawa filem tentang kehidupan Lee akan menarik perhatian yang sangat besar. Penggambaran dijalankan di bawah tajuk Rise Of The Legend.

Ia juga adalah untuk meringkan tekanan pada dua pelakon muda ini. “Kedua-dua lelaki ini tidak pernah berlakon sebelum ini jadi kami mahu mengurangkan tekanan pada mereka dengan merahsiakan filem ini,” kata Teng.

“Tentang nama (filem), kami memutuskan untuk menamakan filem ini Lee Chong Wei kerana tiga perkataan ini bukan lagi sekadar nama.

Ia kebanggaan negara. Selepas penggambaran, kami merasakan tiada tajuk lain yang lebih bersesuaian. Jadi kami memutuskan untuk menamakan ia Lee Chong Wei.”

Penggambaran juga merupakan satu cabaran yang besar, kerana filem ini adalah tentang badminton, dan menurut Teng, setiap orang di Malaysia mengenali sukan ini, jadi mereka tidak boleh membuatnya sambil lewa.

“Ia tentang badminton, dan kami tidak boleh menipu tentangnya kerana setiap rakyat Malaysia tahu tentang badminton!” katanya.

“Kami mahu menangkap intensiti sebenar perlawanan badminton, jadi kami menghabiskan banyak masa untuk penggambaran adegan itu dan memastikan ia berasa benar.”

Penggambaran mengambil masa hampir 50 hari, dan telah melepasi perbelanjaan anggaran awal iaitu RM 6 juta.

 

Datuk Rosyam Nor, yang memainkan watak legenda, Datuk Misbun Sidek, yang pernah membimbing Lee sendiri dan memainkan peranan penting dalam kebangkitannya, mengambil peluang untuk membintangi filem ini kerana beliau percaya ia akan “mencipta sejarah”.

“Saya telah berlakon lebih daripada 35 tahun, dan saya sangat memilih tentang watak-watak saya. Saya memilih untuk menjadi Misbun kerana ini bukan sahaja filem tentang badminton, tetapi ia adalah filem tentang negara. Saya benar-benar percaya bahawa filem ini akan mencipta sejarah,” katanya.

Lee Chong Wei dihasilkan oleh CB Pictures dan Mahu Pictures, dan diedarkan oleh GSC Movies.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker