Teknologi

EA Hentikan Micro-Transaksi Buat Star Wars Battlefront II

EA telah mengumumkan untuk menghentikan semua mikro-transaksi bagi permainan Star Wars Battlefront II yang dilancarkan baru-baru ini.

Tindakan ini diambil berikutan aduan pemain tentang sistem lootbox yang dikatakan menjejaskan keseimbangan permainan.

Sistem lootbox adalah transaksi istimewa dimana pemain boleh membeli kuasa atau ciri-ciri tambahan dengan menggunakan wang sebenar. Namun, setakat ini, fungsi tersebut dikatakan menyebabkan jurang perbezaan stat yang memberi kelebihan kepada pemain yang membelinya.

Pihak EA telah memohon maaf kepada semua pengguna dan pemain di atas insiden ini dan mereka akan melakukan kemas kini berdasarkan semua maklum balas dan rintihan orang ramai.

Sebelum ini, EA dikecam kerana salah satu karakter istimewanya dijual pada harga $80 (RM335). Harga tersebut dikatakan terlalu mahal untuk membeli hanya seorang karakter permainan video.

Cara lain untuk mendapat akses kepada karekter tersebut adalah dengan memperolehi 60,000 point permainan, tetapi pemain harus bermain sekurang-kurangnya 40 jam untuk mengumpul point sebanyak itu.

Walaupun EA menghadapi pelbagai masalah dan kontroversi, mereka tetap memberi respon yang positif dan mengemaskan kini produk mereka mengikut maklum balas orang ramai.

Star Wars Battlefront II merupakan permainan menembak ‘first-person’ yang dibangunkan oleh DICE dan dikeluarkan oleh EA pada 17 November 2017.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker