FesyenGaya Hidup

Gaun Perkahwinan Puteri Disney Bukan Lagi Dongeng

Jika anda pernah bermimpi untuk menjadi puteri Disney pada hari perkahwinan anda, anda mungkin mahu terbang ke Jepun.

Baru-baru ini, sebuah syarikat perkahwinan Jepun telah melancarkan koleksi pakaian perkahwinan berdasarkan konsep puteri dongeng Disney.

Disney Japan Co., Ltd. bekerjasama dengan sebuah syarikat perkahwinan Jepun, Kuraudia Co. untuk koleksi gaun pengantin puteri yang diilhamkan dari karakter Disney.

Gaun-gaun yang dihasilkan mengikut gaya puteri Disney yang paling popular. Sebagai contoh, gaun pengantin Belle nampak hampir sama dengan gaun yang dipakai oleh watak dalam versi filem “Beauty and the Beast”.

Antara koleksi inspirasi enam puteri Disney

Gaun puteri dongeng ini telah pun tersedia untuk disewa bermula 1 November lalu.

Walau bagaimanapun, INSIDER mengesahkan dengan wakil Disney bahawa koleksi itu hanya boleh didapati di Jepun sahaja.

Disney telah berkongsi beberapa gambar pakaian dengan INSIDER.

Dari gaun kembang Cinderella ke gaun ikonik berwarna kuning Belle dari “Beauty and The Beast,” pakaian itu adalah inspirasi daripada enam puteri Disney yang paling popular.

Selain inspirasi daripada Cinderella dan Belle, gaun yang diilhamkan daripada Snow White, Little Mermaid, Rapunzel dan Sleeping Beauty juga turut disediakan.

Sesetengah gaun yang dihasilkan kelihatan sama dengan inspirasi asal dari filem, seperti olahan gaun kuning Belle dari filem “Beauty and The Beast.”

Sesetengah rekaan pula diolah dari penampilan ikonik yang boleh diingati dalam sesuatu filem Disney seperti gaun merah tanpa tali yang diilhamkan oleh bibir merah dan epal beracun dari filem “Snow White”.

Kebanyakan pakaian dihasilkan dalam saiz 5-15 di Jepun. Mereka bersamaan dengan saiz 0-12 di Amerika Syarikat.

Jika anda mahukan gaun yang lebih tradisional dan tidak berwarna-warni, terdapat juga beberapa gaun putih yang tersedia yang turut diilhamkan dari puteri Snow White.

Koleksi itu bukan sekadar menyediakan gaun pengantin perempuan. Ia juga turut didatangkan bersama tuksedo untuk pengantin lelaki yang menyamai putera Disney dan baju pengapit pengantin juga termasuk dalam koleksi mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker