Bisnes & Ekonomi

Gading Palsu Untuk Menyelamatkan Gajah

Keputusan negara China untuk mengharamkan perdagangan gading gajah pada awal tahun 2017 merupakan perubahan besar untuk gajah-gajah yang kini sedang terancam di Afrika. Namun,  mungkin ada lagi perkara yang boleh menyelamatkan mereka. Iaitu sejenis benih dari hutan hujan Amerika Selatan.

Sebanyak 20 000 ekor gajah mati disebabkan pemburuan haram setiap  tahun

Pemburuan besar-besaran untuk membekalkan gading gajah telah menyebabkan pembunuhan 20,000 ekor gajah setiap tahun.  Jika keadaan ini berterusan,  ia akan menjadi punca kepupusan mamalia darat terbesar dunia ini lapor World Economic Forum.

Apa itu biji Tagua?

Biji Tagua, yang juga dikenali sebagai gading versi sayuran, berwarna putih dan boleh diukir.  Seterusnya boleh dijadikan perhiasan dan barang kemas seperti juga gading gajah sebenar.

Biji atau kekacang yang datang dari pokok Tagua ini tumbuh di hutan hujan Amerika Selatan. Saiznya berbagai, dari sekecil anggur sehingga sebesar tomato. Setelah dijemur, ia akan menjadi sangat keras kemudian boleh diukir dan digilap.

Biji Tagua

Penjualan biji Tagua menguntungkan peniaga

Jualan biji ini kini berkembang dengan pesat. Onno Heerma van Voss menjalankan perniagaan eksport perabot dan barang kemas dari Quito, Ecuador. Beliau mengatakan kini permintaan  terhadap biji benih ini kian meningkat. Syarikatnya, Naya Nayon, mengeksport benih tagua secara borong, serta mengupah ahli kraf tempatan untuk mengubahnya menjadi perhiasan dan barang kemas.

Heerma van Voss memberitahu BBC bahawa dia membeli biji Tagua pada kadar  AS $ 200,000 setahun daripada petani. Biji-bijian itu dihantar ke 70 buah negara, termasuk China, Jepun dan Singapura, dan dia berharap pengharaman penjualan gading oleh negara China akan meningkatkan lagi penjualan tagua.

Kini, Ecuador mengeksport sejumlah $ 5 juta biji Tagua setiap tahun, jualannya meningkat sebanyak 15% dari tahun ke tahun. Angka ini diramal akan mencapai $ 7 juta menjelang tahun 2020.

Heerma van Voss sering bergurau bahawa terpaksa menjadi seorang ahli ekologi, kerana pada mulanya mengeksport kekacang ini hanya untuk memenuhi permintaan pengguna. Namun begitu dia kini mengatakan bahawa dia gembira perniagaannya dapat menyelamatkan spesies terancam tersebut.

Perhiasan dibuat daripada biji Tagua

Di samping itu, bukan hanya gajah yang akan terpelihara. Menurut syarikat itu lagi, hutan hujan Amerika Selatan juga tidak akan terjejas disebabkan penuaian biji Tagua.

Pengganti gading?

Menurut Kelvin Chiu, pengurus syarikat yang mengeluarkan butang dan ukiran dibuat dari  biji Tagua, ia mungkin kelihatan seperti gading namun ia tidak mungkin akan menggantikannya sepenuhnya.

Tidak seperti gading, biji Tagua tidak dianggap eksotik dan eksklusif. Malah terdapat had kepada apa yang boleh diukir dari biji tagua kerana ia lebih kecil daripada gading gajah.

Penurunan cukai import dapat membantu jualan biji Tagua di China

Jadi Chiu mahu China menurunkan cukai importnya terhadap tagua untuk membantu meningkatkan popularitinya di negara ini. Dia percaya bahawa cara pemikiran akan berubah di China,  sebuah pasaran eksport gading terbesar di dunia: “Kami percaya pengguna kaya dari China  akan mempunyai lebih kesedaran tentang fesyen hijau.

“Mereka kini lebih fleksibel untuk menentukan bagaimana pilihan mereka dalam fesyen mencerminkan diri mereka. Secara umumnya, rakyat China ambil berat tentang kualiti serta kesan pilihan pakaian mereka terhadap alam sekitar. “

Heerma van Voss berkata dia menjangka pasaran untuk Tagua akan terus berkembang: “Saya fikir Tagua akan menjadi terkenal. Pertumbuhannya dalam lima tahun ini samaada akan stabil atau mendapat sambutan hangat.

“Tahun lepas saya lihat terdapat peningkatan momentum serta minat tentang perkara ini dari sektor-sektor baru seperti jenama perhiasan mewah, dan industri bioplastik “

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker