Hiburan

5 Fakta Menarik Tentang Sekuel Fantastic Beasts

Sudah setahun berlalu sejak filem adaptasi daripada novel J.K. Rowling, “Fantastic Beasts and Where to Find Them” telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Warner Bros baru-baru ini mengumumkan Fantastic Beasts 2 bakal menjengah pawagam pada tahun hadapan.

Filem tersebut berjudul “Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald” dan ini adalah 5 fakta menarik yang perlu anda ketahui mengenai sekual filem blockbuster ini.

1. Jude Law bawa watak Albus Dumbledore muda

Anda pasti mengenali Dumbledore dengan rambut putih dan janggutnya yang panjang dalam siri Harry Potter. Melalui filem ini, anda akan dapat melihat Dumbledore sewaktu muda dan Warner Bros. telah melancarkan foto yang menunjukkan Jude Law berpakaian seperti Dumbledore dengan janggut pendek bersama mantel panjang yang menjadikannya kelihatan bergaya.

2. Dari Quidditch ke sarkas sihir

Salah satu tarikan utama di dunia sihir J.K Rowling ialah Quidditch dan anda pasti ternanti-nanti untuk menyaksikannya dalam Fantastic Beasts. Namun begitu, pihak produksi akan memperkenalkan anda kepada mod hiburan baru yang penuh keajaiban iaitu sarkas sihir!

3. Watak-watak baru akan sertai pengembaraan

Sudah tentu protagonis utama, Newt Scamander (Eddie Redmayne) akan kembali untuk sekuel ini bersama rakan-rakannya, Jacob (Dan Fogler), Tina Goldstein (Katherine Waterston), dan Queenie Goldstein (Alison Sudol).

Tetapi watak-watak baru juga akan menyertai sekuel ini iaitu Spielman (Wolf Roth), Bunty (Victoria Yeates), Torquil Travers (Derek Ridell), Rosier (Poppy Corby-Tuech), dan Arnold Guzman (Cornell S. John). Namun begitu, masih tidak banyak yang diketahui tentang karakter-karakter ini.

4. Sumpahan ajaib, Maledictus, akan diperkenalkan

Sejenis sumpahan ajaib baru akan diperkenalkan melalui watak lakonan Claudia Kim. Wataknya adalah sejenis “Maledictus” yang membawa sumpahan keturunan yang membolehkannya berubah menjadi binatang. Tidak seperti Animagus, Maledictus tidak dapat memilih jenis haiwan yang akan merasuknya.

5. Grindelwald dan Elder Wand

Sebagaimana tajuk, sekuel ini akan memberi tumpuan kepada Gellert Grindelwald lakonan Johnny Depp yang merupakan penyihir paling terkenal sebelum Lord Voldemort. Grindelwald juga memiliki tongkat yang paling berkuasa di dunia sihir iaitu Elder Wand.

Untuk mengetahui kejahatan yang dilakukan dan kekacauan yang diwujudkan oleh Grindelwald di dunia sihir, anda perlu menunggu kemunculan filem ini pada  tahun depan.

 

Sumber: Asiaone

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker