Bisnes & Ekonomi

Rakyat Malaysia Paling Ramai Belanja Dalam Talian

Rakyat Malaysia merekodkan prestasi paling tinggi dari segi jumlah tempahan menerusi penyedia e-dagang milik Ali Baba Group (Alibaba), hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding Singapura.

Alibaba Group telah memecahkan rekod untuk jualan belanja dalam talian seharian dengan tawaran Singles Day yang menjana $ 25.3 bilion dalam tempoh 24 jam. Syarikat itu memproses 1.48 bilion transaksi sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi satu kaji selidik data 11.11 Singles’ Day, rakyat Malaysia merekodkan purata hampir 6,000 tempahan dalam tempoh sejam, iaitu enam kali ganda daripada prestasi kebiasaan.

Kajian itu turut mendedahkan Malaysia berada di kedudukan teratas dengan lebih 41 tempahan setiap minit, disusuli Singapura dengan 22 tempahan, Indonesia (15), Filipina (7), Taiwan (7) dan Thailand (3).

Hampir 60 peratus daripada trafik web dan aplikasi datangnya daripada pelanggan baharu. Ini menandakan kemungkinan bahawa festival Singles’ Day menggalakkan lebih banyak orang membeli-belah, termasuk petunjuk positif kepada tahap keberkesanan sambungan pelayar unik, ShopBack serta Ultimate Guide yang dibangunkannya.

Kaji selidik yang dilaksanakan portal milik Alibaba, iaitu Taobao, Tmall dan AliExpress menerusi kerjasama dengan ShopBack yang dilaksanakan ke atas enam negara, iaitu Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Taiwan merujuk kepada festival beli-belah dikenali 11.11 Singles’ Day.

Masa beli-belah paling popular bagi Malaysia dan Singapura ialah 12 tengah malam hingga 12.59 tengah malam.

Kaji selidik itu menjelaskan tawaran menarik, promosi dan pulangan tunai mengurangkan sekatan kepada pelanggan untuk mencuba platform e-dagang, lapor Beritaharian.

Alibaba menjelaskan bahawa 90 peratus daripada jualan dilakukan menerusi peranti mudah alih. Walaupun trafik aplikasi mengatasi web di enam negara berkenaan, ia tidaklah terlalu tinggi.

Ini menunjukkan desktop masih relevan di sebahagian destinasi di dunia ini dan ini mungkin disebabkan oleh kemudahan menggunakan desktop untuk menyelidik dan melihatnya dalam pelbagai paparan.

Mendedahkan lebih banyak data mengenai Malaysia, kaji selidik itu menjelaskan, kebanyakan rakyat negara ini membeli-belah selepas tengah malam, dengan tempahan tertinggi di Malaysia berjumlah RM11,000 menerusi ShopBack.

Pada peringkat serantau, perbelanjaan purata pelanggan membelanjakan AS$30 (RM125.80) menerusi 11.11 Singles’ Day. Bagi Malaysia, purata perbelanjaan setiap pelanggan lebih rendah, iaitu AS$24 (RM100.60).

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker