Teknologi

Bill Gates Mahu Membina Komuniti Futuristik Di Arizona

Sebuah kumpulan yang berkait dengan syarikat pelaburan milik Bill Gates telah melabur sejumlah $ 80 juta (RM 332.8 juta) di sebuah kawasan pembangunan terancang berteknologi tinggi di luar Phoenix.

Gambaran bandar pintar Belmont

Komuniti di Belmont akan direka bentuk di sekitar rangkaian berkelajuan tinggi, kenderaan autonomi (tiada pemandu), rangkaian digital berkelajuan tinggi, pusat data, teknologi pembuatan baru dan hab logistik autonomi lapor CNN.

Tidak berapa jelas sejauh mana penglibatan bekas CEO Microsoft,  Gates, yang juga pemilik syarikat induk di Belmont, Cascade Investment, dalam projek ini.

Belmont Partners, kumpulan pelaburan berpangkalan di Arizona yang akan mengetuai projek tersebut berkata,  kawasan itu sebesar Tempe, Arizona, yang mempunyai bilangan populasi seramai 182,000 orang.

Bill Gates merupakan pemilik syarikat induk Cascade Investment
Lebih mudah membina infrastruktur futuristik dari asas

Membina infrastruktur futuristik dari tiada apa-apa adalah jauh lebih mudah serta lebih efisien daripada mengubah bandar yang sedia ada,” kata jurucakap projek, Grady Gammage dalam sebuah kenyataan.

Arizona mempunyai reputasi sebagai negeri mesra teknologi. Beberapa pihak berpengaruh dalam industri kenderaan autonomi seperti Waymo, Uber dan Intel sedang menguji ciptaan inovasi mereka di negeri ini.

Namun begitu, membangunkan sebuah bandar baru atau kejiranan tidaklah murah. Pada Oktober lalu,  Sidewalk Labs,  cabang inovasi syarikat induk Google, Alphabet telah melabur sebanyak $ 50 juta (208 juta) untuk sesi perancangan awal dan program perintis untuk menguji perkembangan kejiranan di Toronto.

Kenderaan autonomi
Bandar futuristik menjadi contoh bagi kejiranan lain

 Ia direka bentuk khusus untuk menjadi model kejiranan bagi abad ke-21, dengan kurang pencemaran, perjalanan ulang-alik yang lebih pendek, jalan yang lebih selamat dan cuaca yang lebih baik. Sistem pengangkutan pula akan direka bentuk berasaskan kenderaan elektrik yang dikongsi, berjalan dan berbasikal. Pembahagian zon yang lebih fleksibel akan menggabungkan kawasan komersial, perindustrian dan kediaman.

Bandar futuristik menarik perhatian pelabur

Hanya seminggu selepas pengumuman Toronto, Saudia Arabia mengumumkan rancangan untuk melabur sejumlah $ 500 bilion dalam hab global baru bertujuan untuk menjangkaui sempadan inovasi serta menjadi contoh terbaik masa hadapan sebuah tamadun.

Trend bandar pintar telah mendapat momentum apabila pihak Silicon Valley menumpukan perhatian mereka kepada inovasi sistem pengangkutan seperti kenderaan berautonomi dan perkhidmatan perkongsian kenderaan.

Sebuah bandar pintar perlu menjadi  peneraju dan contoh bagi kejiranan berteknologi tinggi lain

Pemaju Belmont mengharapkan pembangunan Interstate 11 yang dijangka akan berkhidmat untuk kawasan itu, untuk meningkatkan pembangunan. Namun begitu buat masa sekarang, syarikat itu tidak tergesa-gesa untuk bergerak ke hadapan.

“Ini adalah sebuah pelaburan untuk sebuah jangka masa yang sangat lama dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi,” Gammage memberitahu CNN Tech.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker