Sukan

Wenger: Kecederaan Cazorla Terburuk Yang Beliau Pernah Lihat

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menggambarkan kecederaan buku lali Santi Cazorla sebagai yang paling teruk beliau pernah saksikan. Beliau bagaimana pun terus berharap pemain tengah Sepanyol itu dapat kembali bermain pada bulan Januari nanti.

Cazorla yang sudah berusia 32 tahun tidak bermain bersama Arsenal sejak Oktober 2016 dan sejak itu telah menjalani 8 pembedahan demi merawat masalah Achilles yang telah menghantuinye sejak sekian lama.

Beliau (Wenger) mendedahkan pada awal bulan ini, jangkitan gangrene telah “memakan” 8 cm Achilles tendon Santi Cazorla dan dia telah diberitahu oleh doktor bahawa dia patut “berpuas hati” jika dapat berjalan semula.

“Ia adalah kecederaan yang paling teruk (yang pernah saya ketahui),” kata Wenger ketika berucap di sidang media mingguan di pusat latihan Arsenal, di London Colney pada Khamis lepas.

“Ia bermula dengan rasa sakit di bahagian Achilles dan ia hanya menjadi dari teruk kepada lebih teruk.

“Saya tahu betapa Santi suka bermain bolasepak dan betapa dia suka untuk berada di atas padang dan saya bersimpati dengan apa yang telang terjadi kepadanya, ianya sukar dipercayai.

“Saya ada berjumpa dengannya sebulan yang lalu, dia berada di sini, dan saya memberitahunya untuk bersedia sebaik mungkin. Dia mempunyai pakar perubatan yang berkebolehan di sekelilingnya dan dia (Cazorla) juga cuba untuk berlatih.

“Saya tidak bercakap dengannya dalam masa terdekat ini, tetapi saya berharap dia akan kembali. Saya tidak memasukkan dia di dalam skuad, dengan harapan dia akan kembali pada Januari nanti.”

Apabila ditanya jika Cazorla mungkin tidak akan bermain lagi, Wenger membalas: “Jangan kita bercakap mengenai itu, tetapi saya harap anda silap.”

Cazorla yang berasal dari Sepanyol menyertai Arsenal dari Malaga pada 2012, baru-baru ini memberitahu surat khabar Sepanyol, Marca bahawa dia merancang untuk kembali bermain pada bulan Januari.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker