AntarabangsaIsu Semasa

Senjata Baru China Boleh Sampai AS Dalam 14 Minit

China sedang membina terowong angin yang terpantas di dunia untuk menjalankan ujian penerbangan hipersonik mereka yang boleh bergerak pada kelajuan sehingga 12 kilometer sesaat.

Kenderaan hipersonik yang terbang dari China pada kelajuan ini boleh sampai ke pantai barat Amerika Syarikat  (AS) dalam tempoh kurang daripada 14 minit.

Zhao Wei, seorang saintis kanan yang bekerja dalam projek berkenaan, menyatakan bahawa penyelidik menyasarkan untuk menyiapkan fasiliti itu supaya dapat beroperasi sepenuhnya pada sekitar tahun 2020, dalam usaha memenuhi permintaan program pembangunan senjata hipersonik China.

“Ia akan meningkatkan permohonan kejuruteraan  dalam (bidang) teknologi hipersonik, kebanyakannya dalam sektor ketenteraan, dengan memperbanyakkan lagi kawasan untuk penerbangan hipersonik, supaya masalah boleh ditemui dan diselesaikan di tapak kerja,” kata Zhao, yang merupakan pegawai kanan di Chinese Academy of Sciences di Beijing.

Kini, terowong angin yang paling kuat di dunia berada di fasiliti LENX-X di AS, yang beroperasi pada kelajuan sehingga 10km sesaat, iaitu 30 kali ganda kelajuan bunyi.

Pesawat hipersonik ditakrifkan sebagai kenderaan yang boleh bergerak pada kelajuan Mach 5, iaitu 5 kali ganda kelajuan bunyi, atau ke lebih.

Pada tahun 2011, tentera AS pernah menjalankan ujian HTV-2 yang merupakan pesawat Mach 20 tanpa pemandu, namun penerbangan hipersonic itu hanya bertahan selama beberapa minit sahaja sebelum ia terhempas ke dalam Lautan Pasifik.

Bulan Mac tahun ini pula, China telah berjaya mengendalikan tujuh ujian penerbangan hipersonic dengan menggunakan WU-14, yang juga dikenali sebagai DF-ZF, pada kelajuan di antara Mach 5 dan Mach 10.

Memetik laporan South China Morning Post, negara-negara lain termasuk Rusia, India dan Australia juga telah menguji prototaip pesawat itu, yang boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu termasuk senjata nuklear.

Wu Dafang, seorang profesor di Beihang University di Beijing berkata, China dan AS telah memulakan ‘perlumbaan hipersonik’.

Wu merupakan salah seorang yang terlibat dalam beberapa projek senjata seperti pembangunan peluru berpandu hipersonik, kenderaan ‘near-space’, dron berkelajuan tinggi dan senjata-senjata lain untuk Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Menurutnya, terdapat beberapa terowong angin hipersonic di tanah besar china yang telah membantu memastikan kadar kejayaan yang tinggi bagi ujian senjata hipersonik mereka.

Ujar beliau, terowong angin yang baru ini akan menjadi salah sebuah fasiliti untuk menguji kenderaan hipersonik yang paling kuat dan maju di dunia.

“Ini sememangnya berita baik buat kita. Saya mengharapkan penyiapannya,” kata Wu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker