Isu SemasaTempatan

Perkhidmatan oBike Mudah, Pantas Dan Berpatutan

Sejak kebelakangan ini, kita boleh lihat terdapat banyak basikal berwarna kuning dan putih yang tersusun cantik di pelbagai kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Pasti anda pernah tertanya-tanya, dari mana datang basikal-basikal ini? Dan adakah ia boleh digunakan oleh orang ramai?

Untuk pengetahuan anda, basikal ini dikenali sebagai oBike, dan ia merupakan medium perkhidmatan pengangkutan awam baru (perkhidmatan perkongsian basikal) yang disediakan untuk memudahkan perjalanan orang awam yang ingin menuju ke destinasi jarak dekat.

Memetik laporan Astro Awani, sistem oBike ini serupa dengan penggunaan Grab dan Uber, di mana pengguna boleh mencari lokasi basikal tersebut dengan menggunakan GPS.

Perkhidmatan perkongsian basikal ini juga amat popular di negara-negara luar seperti Singapura dan Singapura, kerana kosnya yang rendah selain daripada mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Cara untuk menggunakannya? Amat mudah.

Pertama sekali, anda perlu memuat turun aplikasi oBike di dalam telefon pintar/tablet anda menerusi Google Playstore bagi pengguna perisian Android atau Apple Appstore bagi pengguna IOS.

Kemudian, anda perlu melakukan pendaftaran dengan menggunakan kad debit atau kredit dalam aplikasi tersebut, dan nyatakan bayaran deposit bernilai RM 129.90.

Anda juga boleh mendapatkan semula wang deposit yang telah diletakkan, dan ia akan mengambil masa 1 hingga 30 hari waktu bekerja.

Bercakap tentang kos penggunaannya pula, anda hanya perlu membelanjakan RM 1 untuk setiap 15 minit.

Antara elemen yang paling unik mengenai perkhidmatan basikal ini adalah anda boleh meletakkannya di mana-mana sahaja selepas selesai menggunakannya.

Walau bagaimapun, ia perlu diletakkan di kawasan awam dan dikunci dengan betul.

Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia ternyata dapat memudahkan orang ramai yang ingin menuju ke lokasi jarak dekat tanpa membelanjakan wang dan masa yang banyak.

Ini amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan dengan stesen-stesen pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan lain-lain, memandangkan anda boleh menjimatkan masa dengan menaiki basikal ini berbanding berjalan kaki.

Perkhidmatan oBike ini juga mesra alam sekitar kerana memandangkan ia hanya basikal biasa yang tidak menggunakan sebarang bahan api untuk beroperasi.

Basikal ini juga dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar sekiranya ramai orang mula menggunakannya dan kurang menggunakan kenderaan.

Dari aspek keselamatan pula, oBike tidak menyediakan sebarang alatan keselamatan dan amat menggalakkan pengguna untuk mengambil langkah keselamatan sendiri, seperti menggunakan helmet dan sebagainya.

Bagi mereka yang masih belum cuba perkhidmatan ini, anda boleh mula menggunakannya kerana prosesnya amat pantas, mudah dan berpatutan.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh layari laman web rasmi oBike di link ini.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker