Isu SemasaTempatan

Lebih Ramai Golongan Belia Dimasukkan Ke Hospital

Bilangan belia yang dimasukkan ke hospital setiap tahun untuk penyakit kronik telah meningkat dua kali ganda dalam masa empat tahun, kata Menteri Kesihatan.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kira-kira satu juta (9.2%) warga Malaysia berumur antara 18 dan 40 tahun adalah pesakit kencing manis dan 1.7 juta (14.7%) dalam golongan yang sama mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Menurut The Star, kira-kira 33.9% belia di Malaysia juga mempunyai tahap kolesterol darah yang tinggi, dan 14% yang lain adalah obes, katanya.

“Atas sebab ini, kami melihat lebih ramai pesakit antara umur 18 dan 40 tahun yang dimasukkan ke hospital untuk penyakit kronik, dan jumlahnya meningkat dua kali ganda dari 2012 hingga 2016,” kata Dr. Subramaniam.

Beliau berkata sebuah kajian oleh Kementerian Kesihatan juga mendedahkan sebab-sebab kenaikan itu, dan antaranya adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan tidak bersenam, serta merokok.

Tambah beliau, secara keseluruhan, lebih daripada 47% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan dalam angka ini, 15% adalah obes.

“Ini adalah masalah utama dalam perubatan kerana ia berkait dengan penyakit utama yang lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan serangan jantung.”

Dua masalah penting yang dikenal pasti adalah ramai yang tidak mengawal pemakanan mereka atau makan makanan yang tidak sihat, dan mereka juga tidak melakukan aktiviti fizikal yang cukup disebabkan gaya hidup yang moden, katanya.

Mengenai usaha yang diambil oleh kementerian untuk membendung masalah itu, Dr Subramaniam berkata banyak program sedang dijalankan untuk melibatkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia, ke arah gaya hidup yang mementingkan kesihatan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker