Hiburan

Justice League dan Caltex; Kombo Superhero

Bertempat di GSC One Utama, satu tayangan perdana Justice League (JL) telah diadakan pada 15 November bagi meraikan pemenang peraduan disamping mengadakan promosi bagi filem ini .

Acara ini diadakan oleh Caltex selaku promosi bersama bagi filem Justice League.

Selain daripada pemenang peraduan, beberapa blogger dan media turut dijemput bagi memeriahkan acara ini.

Caltex juga dalam rangkaian mempromosikan set kereta mainan karekter Justice League melalui point Caltex Journey Card dan B Infinite Card dengan setiap pembelian petrol di Caltex.

Set lengkap kereta mainan karakter Justice League

Orang ramai boleh mendapatkan set ini dengan membeli atau menebus menggunakan point kad ini.

Pada malam tersebut, orang ramai turut dijemput untuk menyertai aktiviti di beberapa booth promosi dan berpeluang memenangi hadiah dari Caltex. Kereta mainan Justice League ini juga boleh dimenangi pada malam tersebut dengan hanya memuat naik gambar bersama karakter filem ini di dalam media sosial.

Bercakap mengenai filem Justice League, ia sekali lagi diarahkan oleh Zack Snyder, yang juga merupakan pengarah Man of Steel dan Batman VS Superman: Dawn of Justice.

Dalam sekuel ini, Snyder telah memberi penyampaian yang lebih menghiburkan disamping aksi yang hebat berbanding filem-filem sebelum ini.

Dengan watak baru seperti Flash, Aquaman dan The Cyborg, plot cerita ini menjadi lebih besar dan menarik. Jadi, ia adalah sebuah filem superhero yang wajib ditonton pada 2017.

Justice League telah mula ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 16 November 2017.

Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh memenangi set kereta mainan Justice League, klik di sini.

#CaltexJL #JusticeLeague

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker