Gaya HidupMakan & Minum

Bandar Kontena Tarikan Terbaru Di Miri

Kini terdapat tarikan terbaru di bandar Miri iaitu sebuah medan selera yang menggunakan kontena sebagai gerai makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk Sebastian Ting yang hadir ketika majlis perasmian Bandar Kontena berkata ia adalah contoh terbaik negeri Sarawak yang berbilang kaum.

“Sama ada anda kaum Cina, Malayu, Iban atau kaum lain, kami semua duduk dan makan bersama,” kata Ting.

Ia telah menjadi tempat biasa untuk penduduk Miri dan pelancong untuk meluangkan masa mereka di sini kerana terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.

Selain makanan tempatan seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi lelapan dan nasi goreng, terdapat juga makanan Korea, Thai, dan makanan Taiwan serta gerai yang menjual mi, kebab dan burger.

Bandar Kontena ini terdiri daripada dua tingkat. Medan selera berada di tingkat bawah dan tingkat atas pula mempunyai pelbagai gerai dan tempat makan.

Dindingnya dicat oleh pelajar dari Riam Road Secondary School dengan watak superhero seperti Iron Man, Spider-Man, Superman, Batman, Wonder Woman dan Hulk.

Di sini terdapat juga bilik permainan kecil di mana kanak-kanak boleh mencuba kemahiran mereka pada alat PlayStation 4 secara percuma.

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dengan konsep bandar ini.

“Saya sangat gembira melihat bagaimana usahawan muda ini mencipta idea yang unik,” kata beliau.

Kelvin Gom, yang sebahagian daripada pemegang saham berkata mereka mahu mencipta sesuatu yang akan menarik pelanggan.

“Kami berharap ia akan membuatkan tempat ini menonjol,” katanya.Bandar Kontena terletak di sebelah North Yu Seng Road,¬†yang terkenal sebagai koridor makanan dan pelancongan di Miri.

Terdapat 14 gerai yang menyediakan lebih daripada 120 jenis makanan. Ia dibuka dari 7am hingga 11pm.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker