Gaya HidupKesihatan

Barah Ovari Mempunyai Petanda Baru?

Barah ovari adalah barah keempat paling kerap dihidapi wanita Malaysia dengan kira-kira 700 kes baru dilaporkan pada setiap tahun di negara ini, menurut Malaysian Digest.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Profesor Woo Yin Ling dari Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, tanda-tanda penyakit ini mungkin melibatkan ketidakselesaan atau sakit perut, mual-mual, cirit-birit, sembelit, kerap membuang air kecil, hilang selera makan, penurunan atau penambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, perasaan kenyang yang tidak diketahui sebab-sebabnya atau pendarahan dari faraj secara tidak normal.

 

MAJORITI KES BARAH OVARI DIKESAN PADA PERINGKAT KETIGA DAN KEEMPAT

Barah ovari yang dapat dikesan pada peringkat yang lebih awal boleh memberikan pesakit peluang yang lebih baik untuk pulih.

Walau bagaimanapun buat masa ini, tiada kaedah pemeriksaan yang tersedia untuk mengesan barah ovari. Sebagai contoh,  kaedah mamogram untuk mengesan kehadiran kanser payudara.

Jadi tidak mengejutkan bahawa kadar pemulihan barah ovari adalah rendah. Hal ini kerana kira-kira 56 peratus kes barah ovari hanya dapat dikesan apabila ia sudah pada peringkat ketiga dan peringkat keempat.

Gambarajah menunjukkan perbandingan ovari yang menghidapi barah (kanan) dan ovari yang normal

 

PENEMUAN BARU – BARAH OVARI BERPUNCA DARI TIUP FALLOPIAN 

Di dalam sebuah laporan yang mungkin akan mengejutkan ramai wanita, penyelidik mengatakan kebanyakan kes barah ovari berpunca dari tiub fallopian, dan bukannya ovari.

“Berdasarkan pemahaman yang lebih baik tentang punca barah ovari, kajian kami mencadangkan strategi-strategi baru untuk mencegah dan mengesan barah ovari pada peringkat awal,” kata penulis senior kajian,  Dr Douglas Levine.

Beliau adalah pengarah bahagian onkologi ginekologi di Pusat Barah Perlmutter, yang merupakan sebahagian daripada Langone Health, Universiti New York yang terletak di Bandar New York.

Memetik laporan US Health, Untuk kajian ini, Levine dan rakan sekerjanya melakukan analisa genetik terhadap sel-sel barah ovari yang didapati daripada 96 pesakit.

Untuk sampai ke rahim, telur dari ovari perlu bergerak melalui tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Para penyelidik mendapati bahawa sel-sel barah ovari mempunyai persamaan dengan sel-sel yang didapati menyeliputi hujung tiub fallopian (sel tubal).  Sel-sel barah yang didapati  tidak mempunyai persamaan dengan sel-sel ovari.

“Kami tidak menemui perbezaan di dalam 20,000 gen yang kami kenali. Ini menyebabkan kami percaya bahawa kanser ovari ini berpunca dari tiub fallopian,” kata Levine.

 

KESAN BARAH OVARI PADA PERINGKAT AWAL 

Berita baiknya adalah jika tanda-tanda untuk sel-sel tubal ini dijumpai, maka ujian terhadap darah, Pap smear lanjutan atau ujian terus terhadap tisu tiub fallopian mungkin dapat menunjukkan barah ovari pada kadar yang lebih awal, kata penyelidik kajian.

Menurut  penyelidik lagi, tiub fallopian wanita juga mungkin boleh dibedah keluar (hal ini lebih baik daripada membedah keluar ovari), untuk mengurangkan risiko barah ovari terhadap mereka yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

Laporan ini telah diterbitkan dalam talian pada 17 Oktober lalu di jurnal Nature Communications

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker