AntarabangsaIsu SemasaPolitik

5 Budaya ‘Pelik’ Dalam Pilihan Raya Jepun

Negara Jepun mempunyai ‘amalan’ tersendiri yang unik dan ganjil untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya mereka.

Berikut adalah 5 cara ahli-ahli politik di negara ekonomi ketiga terbesar di dunia itu ‘beraksi’:

 

1. SESIAPA YANG “TUNDUK” AKAN MENANG

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.tripsavvy.com

Jepun amat terkenal dengan sikap sopan santun dan hormat yang amat tinggi dengan orang lain, dan ini selalunya dizahirkan dengan menunduk diri.

Oleh itu, budaya ini turut menjadi salah satu ‘senjata utama’ ahli-ahli politik untuk memenangi hati pengundi mereka.

Malah, pernah berlaku sebuah skandal yang melibatkan ahli politik bernama Mayuko Toyota, di mana beliau dipaksa untuk meletak jawatan selepas didapati menyerang seorang setiausaha lelaki.

Walaupun namanya sudah tercemar, beliau tetap meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya.

Tetapi untuk membersihkan namanya, Toyota sanggup berdiri di luar sebuah stesen kereta api setiap hari, dengan menundukkan dirinya kepada penumpang sambil meminta maaf.

 

2. AIR BIR, SAKE, DAN TUNA

Perdana Menteri, Shinzo Abe ketika berucap di sebuah ladang – Sumber: www.dawn.com

Untuk mempamerkan imej merendah diri terhadap pengundi, ramai calon pilihan raya di Jepun mengambil pendekatan ‘kreatif’ untuk menyampaikan ucapan kempen mereka.

Sebagai contoh, Perdana Menteri, Shinzo Abe memilih untuk mengadakan ucapan kempennya yang pertama di tengah-tengah sebuah ladang di kawasan pedalaman yang terletak wilayah timur Fukushima, sambil memegang sebotol sake dan mikrofon.

Beberapa hari kemudian, beliau bertukar ke makanan laut pula, dan tindakannya itu mendapat sorakan dan sokongan daripada orang ramai yang berada di perkampungan nelayan, terutamanya apabila setiap kali Abe menyebut tentang tuna buatan tempatan.

 

3. ‘WARBLER BIRDS’

“Warbler birds” beraksi – Sumber: www.abc.net.au

Antara ciri-ciri unik dalam pilihan raya Jepun diberi gelaran “warbler birds”.

Warbler birds adalah individu-individu yang ditugaskan untuk pergi ke setiap kawasan dengan menaiki van mini, dan kemudian akan menyebut nama-nama calon berulang kali menggunakan pembesar suara sambil memohon pengundi untuk memilih mereka.

Petugas-petugas ini akan bekerja dari jam 8 pagi sehingga 8 malam, dan peranan ini selalunya dilakukan oleh golongan wanita.

Tetapi, lelaki juga boleh melakukan tugas ini, di mana mereka akan dikenali sebagai “crows”.

 

4. BUDAYA BERSALAMAN

Abe bersalaman dengan rakyat – Sumber: edition.cnn.com

Seorang ahli politik veteran Jepun, Shigeru Ishiba pernah berkata: “Anda akan mendapat undi sama jumlah dengan berapa banyak tangan yang anda telah salam.”

Ini telah memberi inspirasi kepada kewujudan strategi kempen bergelar dobuita, yang bermaksud bahawa calon-calon pilihan raya akan cuba melawat setiap sudut dan pelusuk sesebuah daerah itu.

 

5. BEG PENUH DENGAN WANG

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.cityam.com

Bertanding dalam pilihan raya di Jepun akan menelan belanja yang banyak.

Ia selalu dikatakan bahawa calon-calon pilihan raya perlu memiliki kaban – sebuah perkataan Jepun yang bermakna “sebuah beg”.

Namun dalam konteks ini, ia membawa maksud “sebuah beg yang diisi penuh dengan wang.”

Calon-calon yang bertanding untuk kerusi yang ditentukan oleh perwakilan berkadar perlu mengeluarkan deposit sebanyak ¥6mil (RM219,600).

Mereka akan mendapat wang deposit itu balik sekiranya berjaya memenangi beberapa jumlah undian, namun sekiranya gagal, suruhanjaya pillihan raya akan menyimpannya.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker