Gaya Hidup

Gunakan Penyangkut Pakaian Yang Betul

Jika anda bukan seorang fashionista, anda mungkin tidak terlalu berfikir banyak tentang penyangkut pakaian. Walau bagaimanapun, jika anda membeli penyangkut yang betul, anda boleh mengelak daripada perlunya menyetrika pakaian, memaksimumkan ruang di dalam almari dan menjaga bentuk pakaian anda dengan lebih baik.

Satu saiz tidak muat semua: Kalau anda seorang yang tinggi, penyangkut saiz kecil hanya akan sangkut tiga suku baju anda, dan kain selebihnya akan tergantung ke bawah. Ini akan menarik pakaian daripada bentuk asal dan merosakkannya. Jika anda seorang wanita yang tinggi, pilihlah penyangkut baju untuk pakaian lelaki.

 

Cangkuk yang boleh berputar: Penyangkut baju bukan hanya digunakan di dalam almari. Mungkin ada masanya anda mahu menggantungnya di belakang kerusi, di rak pengering pakaian atau letakkannya di dalam beg baju. Oleh itu, pilihlah penyangkut baju yang mempunyai cangkuk yang boleh berputar.

Pembentuk bahu: Sudut tajam akan memberi kesan kedutan pada baju yang lembut, jadi cari penyangkut pakaian yang lebar dan mempunyai tip bulat. Ia biasanya lebih mahal tetapi kerana ia akan kekal lama, ia berbaloi untuk dibeli.

Penyangkut seluar berklip: Kain ringan seperti chiffon mudah rosak. Jadi anda boleh menyangkut baju yang lembut dengan klip pada bahagian bahu baju atau lipatkannya dan sangkut pada bahagian besi yang selalunya digunakan untuk seluar.

Penyangkut klip untuk keringkan pakaian: Kain basah mudah ditarik daripada bentuk asalnya, jadi anda boleh menggunakan penyangkut klip untuk mengeringkan pakaian yang bersaiz kecil. Jika anda gantungkannya dengan rapi dan memberikan banyak ruang, anda mungkin dapat mengelakkan daripada perlu menyeterika juga.

Penyangkut khas: Gunakan penyangkut khas yang mempunyai lubang untuk menyangkut kain seperti tudung supaya benang kain tidak tertarik. Ia juga bagus untuk menyangkut tali pinggang, terutamanya jika anda mempunyai banyak dan boleh menyusunnya mengikut gaya atau warna.

Tip: Memandangkan Malaysia mempunyai iklim yang lembap, gunakan penyangkut baju kayu dan bukan penyangkut yang bersalut kain baldu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker