Teknologi

ZTE Axon M – Dua Skrin, Lebih Besar

Selepas kegagalan Kyocera Echo di dalam pasaran, ZTE mencuba sekali lagi melancarkan telefon pintar dua skrin dengan spesifikasi yang lebih hebat – ZTE Axon M.

sumber gambar: CNet.com

Sebelum ini ZTE telah melancarkan telefon dua skrin mereka iaitu Kyocera Echo pada 2011. Namun, ia tidak mendapat sambut lalu gagal dalam pasarannya berikut spesifikasinya yang lemah.

Apa yang hebat sangat ZTE Axon M ini?

Ia bukan sahaja telefon pintar berkuasa tinggi, namun ia memiliki dua skrin yang boleh dilipat menjadikan skrin yang lebih besar.

2 skrin 5.2 inci ini memberikan penggunaan telefon dalam pelbagai cara berbeza apabila ia disambungkan. Telefon ini boleh digunakan sebagai skrin kembar yang besar atau digunakan sebagai dua skrin dengan pameran yang sama memberikan pengalaman yang berbeza dengan telefon pintar biasa.

sumber gambar: PCWorld.com

Dengan menggunakan Android Nougat, kebolehan untuk multitasking menjadi lebih lancar apabila dua aplikasi dibuka serentak pada skrin telefon.

Didatangkan dengan 64GB storan dan 4GB RAM, Axon M sudah berada dalam kelas telefon pintar yang hebat. Dengan chipset Qualcomm Snapdragon 821 dan CPU Quad-core Adreno 530, telefon ini juga memberikan penggunaan yang lancar ketika bermain permainan video.

Sumber gambar: PCWorld

Terdapat satu sahaja kamera pada telefon ini namun disebabkan penggunaan keunikan Axon M ini, anda boleh menggunakan kamera ini untuk menangkap gambar secara biasa atau swafoto dengan lensa yang sama hanya dengan memusingkan telefon ini.

Biarpun 2017 merupakan telefon pintar berskrin penuh, namun ZTE merasakan ciri-ciri dua skrin pada Axon M mampu menonjol dalam pasaran telefon pintar dan bukan sekadar gimik.

Buat masa ini, ZTE hanya melancarkan Axon M khusus untuk pengguna AT&T di Amerika Syarikat  namun, Axon M dijangkakan akan berada di pasaran Asia sekitar tahun 2018.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker