Isu SemasaTempatan

S. Thavanesvaran, 17, Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapanya

Ketika kecil, S. Thavanesvaran tidak boleh berjalan sehingga dia berumur tujuh tahun kerana urat pada kaki kirinya rosak semasa proses kelahiran.

Dia mampu berjalan hanya selepas menjalani pembedahan pada kaki dan betisnya.

Walau bagaimanapun, dia terpaksa memakai dua saiz kasut yang berbeza dan kasut spike kerana kaki kanannya size enam manakala kaki kirinya saiz tiga.

Pelajar berusia 17 tahun ini boleh bangga dengan percapaiannya kerana dia dapat membeli sebuah rumah untuk ibu bapanya G. Subramaniam dan K. Vijayaletchumy. Semua itu adalah hasil kehebatan atletiknya.

Remaja dari Johor ini, yang merupakan pelajar Tingkatan Lima SMK Ahmad Arshad di Segamat, dinamakan Atlet Lelaki Terbaik di Sukan Asean Para Kuala Lumpur pada bulan September lepas, selepas memenangi tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m lelaki dan pingat perak dalamĀ  acara 4x100m dalam kategori T44.

Atas usaha beliau, beliau menerima RM40,750 di bawah skim insentif kebangsaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan The Star, Majlis Sukan Johor juga telah memberi ganjaran kepada Thavanesvaran yang berjumlah RM14,000 untuk kemenangannya dalam Sukan Para Asean.

Foto dari NST/Osman Adnan

Ganjaran ini adalah tepat pada masanya kerana, “kami telah diberi notis untuk mengosongkan rumah yang kami sedang sewa di Taman Minang Baru di Segamat mulai bulan depan”.

“Ibu bapa saya adalah penoreh getah dan mereka tidak mampu membeli rumah,” kata Thavanesvaran.

“Saya sangat bernasib baik kerana emas pertama saya di Asean Para Games telah memberikan saya RM54,750.

“Saya tidak pernah menganggap bahawa saya akan menerima insentif seperti ini atau bahawa saya dapat membeli rumah untuk ibu bapa saya ketika usia muda.

“Ibu bapa saya telah membuat tempahan untuk rumah PR1MA di Segamat dengan harga RM25,000. Kami berharap untuk mendapatkan kunci rumah dalam beberapa bulan akan datang.

“Saya gembira kerana saya dapat memberikan hadiah terbaik – sebuah rumah – kepada ibu bapa saya.”

Setelah membuktikan dirinya dalam Sukan Para Asean, dia kini berharap dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Thavanesvaran juga telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Asia Para Youth di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dari 10 hingga 14 Disember.

Jurulatih Johor, Noorhudah Jamal penuh pujian untuk Thavanesvaran, menggambarkannya sebagai “atlet yang berdedikasi dan seorang anak yang bertanggungjawab”.

“Saya telah melatihnya sejak awal tahun ini.

“Dia mempunyai masa depan yang cerah dalam atletik. Saya yakin dia boleh memenangi pingat di Sukan U19 di Dubai. Saya berharap dapat melatihnya sehingga dia mendapat tempat di Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” kata Noorhudah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker