Bisnes & Ekonomi

Pelaburan Berpanjangan Boleh Menjamin Kekayaan

Adalah tidak tepat untuk berfikir bahawa sesetengah individu perlu menjadi kaya terlebih dahulu untuk membolehkan mereka melabur di pasaran saham, Ron Baron seorang pelabur memberitahu CNBC dalam sebuah temu bual.

Ron Baron seorang bilionaire serta pemililik syarikat pengurusan saham

“Anda perlu mempunyai sedikit wang dan melabur secara konsisten untuk sebuah masa yang lama serta  mempunyai umur yang panjang. Itulah cara anda menjadi kaya,” kata jutawan dan pengasas Baron Capital, syarikat pengurusan pelaburan yang mempunyai aset hampir $ 26 bilion di bawah pengurusannya. Beliau telah muncul di “Squawk Box” ketika menghadiri persidangan pelabur tahunan di New York City.

Pelaburan berterusan menjamin pulangan

“Hal ini adalah tentang pengkompaunan,” katanya, merujuk kepada kuasa membuat pelaburan secara konsisten dan melabur semula pulangan yang didapati untuk selama beberapa dekad.

Baron telah menjana berbilion-bilion dolar dengan melakukan penyelidikan yang luas, membeli stok apa syarikat yang pada beliau kurang menonjol, menyimpannya untuk secara purata kira-kira 14 tahun. Tetapi pelabur individu tidak perlu memilih stok, katanya. “Perkara paling mudah untuk dilakukan adalah membeli dana indeks.”

“Jika anda melabur sebanyak $ 5,000 setahun selama 30 tahun … ia akan bernilai sebanyak $ 890,000” berdasarkan sejarah pulangan pasaran saham.

Dari segi pelaburan untuk untuk tempoh masa yang singkat, beliau berkata dengan menggunakan strategi  ini (sebagai contoh selama satu dekad) ia akan menghasilkan nilai sebanyak $ 110,000. “Jika anda melakukannya selama 20 tahun, jumlah yang dikumpul bernilai $ 250,000.”

Perkembangan ekonomi bergerak seiring perkembangan pasaran

Baron meletakkan kepercayaannya kepada kuasa pelaburan jangka panjang terhadap hubungan sejarah antara ekonomi dan pasaran saham.

“Ekonomi berkembang seiring dengan pasaran,” katanya, walaupun mengakui bahawa pada satu masa tertentu seseorang mungkin akan mendahului pihak lain atau sebaliknya. “Kami rasa pertumbuhan ekonomi akan bergerak dengan cepat, mempunyai kadar faedah yang rendah, harga minyak yang lebih murah serta teknologi yang mampu mengganggu peluang pekerjaan.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker