Teknologi

Smile Mirror- Cermin Yang Hanya Berfungsi Jika Individu Senyum Padanya

Terdapat sebuah cermin baru yang tidak akan memantulkan imej anda kecuali jika anda senyum padanya.

CERMIN KHAS UNTUK PESAKIT BARAH

Cermin ini mungkin kelihatan seperti permainan, namun pereka industri Berk Ilhan mencipta Smile Mirror untuk meningkatkan semangat pesakit barah, lapor CNN.

Peranti ini kelihatan seperti tablet yang mempunyai kamera serta permukaan legap yang dibuat dengan bahan pintar yang diaktifkan oleh perisian yang berdaftar.

Ia termasuklah teknologi pengenalan muka yang boleh mengambil gambar wajah.

Permukaannya akan memantulkan imej seperti cermin biasa apabila ia dapat mengenalpasti senyuman.

Sama seperti cermin lain ia boleh digantung di dinding atau diletakkan di atas meja. Ilhan yang berasal dari Turki, meluangkan masa selama dua tahun untuk merancang dan membangunkan produk tersebut.

 

BERTEMU PESAKIT DAN PAKAR PERUBATAN UNTUK MELAKUKAN KAJIAN

Ketika menyambung pengajian di Sekolah Seni Visual di New York untuk ijazah sarjana, dia membuat portfolio produk-produk yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser dari segi emosi dan sosial.

Dia menghabiskan beberapa minggu di beberapa hospital merawat barah di Turki untuk bertemu dengan pesakit-pesakit, pakar onkologi dan penjaga-penjaga pesakit.

“Sokongan moral dan sosial adalah dua faktor yang sangat penting yang mampu memberi kesan positif terhadap pesakit. ,” kata Ilhan kepada CNN Tech.

KEKAL CERIA KUNCI UNTUK PULIH

Dia ketawa, menggelarkannya  sebagai ” sebuah alat yang berkuasa.” Penyelidikan menunjukkan senyum dan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

Cermin Smile Mirror diilhamkan oleh perbualan Ilhan dengan salah seorang bekas pesakit barah.

“Pesakit tersebut memberitahu saya pada hari pertama selepas diagnosisnya, sukar untuk dia melihat rupanya di cermin dan menerima bahawa dia menghidap barah,” katanya. “Ekspresi muka seseorang memberi kesan terhadap perasaan individu. Jika kita melegakan otot muka  untuk senyum, otak kita fikir bahawa sesuatu yang baik sedang berlaku seterusnya mebuat kita merasa gembira.”

INGIN MENCIPTA CERMIN YANG LEBIH MURAH

Ilhan kini menghasilkan Smile Mirror tersebut dalam jumlah yang terhad. Walau bagaimanapun, harga produk ini agak mahal. Kini, kosnya  antara $ 2,000 hingga $ 3,000.

Produk itu akan segera dilancarkan di bawah Kickstarter (Sebuah platform crowdfunding) di mana Ilhan berharap dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menghasilkannya dalam kuantiti yang lebih besar dan menurunkan harga ke bawah $ 500.

Matlamat Ilhan adalah untuk mendermakan Smile Mirror tersebut ke hospital-hospital. Dia berharap dapat menarik lebih ramai orang awam untuk membeli produk tersebut.

“Sesiapa sahaja boleh membeli sebuah cermin” katanya. “Jika anda memberikannya kepada seseorang, anda memberi hadiah berupa senyuman kepada mereka.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker