AntarabangsaIsu Semasa

Kajian: Manusia Lebih Bersimpati Terhadap Anjing

Sesetengah orang mengakui bahawa mereka lebih suka hubungan dengan haiwan peliharaan  berbanding hubungan dengan manusia dan kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa kebanyakan manusia lebih menyayangi anjing berbanding orang.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Northeastern University di Boston, Massachusetts, manusia lebih cenderung untuk bersimpati terhadap anjing dalam keadaan yang memerlukan berbanding orang yang menderita.

Eksperimen pertama, seperti yang dilaporkan Asiaone, telah dijalankan oleh UK Medical Research Charity, yang mengadakan dua kempen derma palsu yang mencari bantuan kewangan untuk anjing-anjing yang telah dianiaya dan manusia yang didera.

Dalam kajian itu, satu iklan telah dipaparkan kepada orang ramai sama ada mereka akan membantu anjing atau manusia yang kedua-duanya diberi nama “Harrison”.

“Adakah anda akan memberi £5 untuk menyelamatkan Harrison dari kematian yang perlahan dan menyakitkan?”

Mengejutkan, hasil daripada eksperimen itu mendapati bahawa kutipan derma kepada Harrison anjing yang dianiayai mengatasi sumbangan kepada Harrison manusia.

Sementara itu, profesor Universiti Northeastern, Jack Levin dan Arnold Arluke mengambil pendekatan yang lebih saintifik dengan mengkaji pendapat 240 orang yang didedahkan kepada empat artikel berita fiksyen.

Setiap artikel itu menerangkan tentang kejadian adegan yang menyedihkan yang melibatkan serangan “dengan kayu besbol oleh penyerang tidak diketahui,” dengan mangsa yang diubah dari orang dewasa dan bayi manusia kepada anak anjing dan anjing dewasa.

Melalui kajian itu, “mangsa” anjing juga mendapat lebih banyak simpati daripada responden berbanding “mangsa” manusia.

Laporan itu, yang diterbitkan dalam jurnal Society & Animals, mendedahkan bahawa peserta diminta untuk menggambarkan emosi mereka menggunakan soalan standard untuk mengukur empati.

“Mangsa manusia dewasa kurang mendapat empati berbanding kanak-kanak, anak anjing, dan anjing dewasa menjelaskan bahawa anjing dewasa dianggap sebagai lemah dan terlalu bergantung tidak seperti anak anjing dan kanak-kanak manusia,” kata Dr Levin dalam laporannya.

Selain itu, penyelidik juga mendakwa bahawa haiwan lebih kelihatan tidak berdaya dan tidak mungkin mempertahankan diri daripada serangan yang menerangkan mengapa manusia lebih cenderung untuk bersimpati kepada mereka berbanding kaum sendiri.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker