Isu SemasaTempatan

Internet Lebih Pantas Khas Untuk Sektor Pengajian Tinggi

Internet adalah sebuah medium komunikasi yang sangat penting dan salah satu medium terbaik yang telah dicipta setakat ini. Menurut Quora, dengan adanya internet, maklumat boleh dikongsi sepantas kilat, hal ini membolehkan pelajar mengetahui tentang dunia luar dengan lebih pantas berbanding medium lain.

Internet merupakan medium komunikasi penting bagi golongan pelajar

Malaysia menduduki kedudukan ke-63 terpantas internet

Dalam sebuah kajian terkini, Malaysia menduduki tempat  ke-63 dari segi kelajuan internet global dalam kalangan 189 negara. Menurut Sundaily lagi,  Singapura mempunyai kelajuan muat turun terpantas di dunia iaitu sebanyak 55.13Mbps manakala Malaysia pula mempunyai kelajuan sebanyak 6.69Mbps.

Hal ini bermaksud ia akan mengambil masa selama  dua jam, 33 minit dan tiga saat untuk memuat turun filem HD besaiz 7.5GB di Malaysia manakala untuk fail yang serupa di Singapura ia hanya akan mengambil masa selama 18 minit dan 34 saat.

Penemuan ini berdasarkan data yang telah dikumpul selama setahun sehingga 10 Mei tahun ini oleh M-Lab, sebuah kerjasama antara New America’s Open Technology Institute, Google Open Source Research, PlanetLab milik Princeton University, serta dengan kerjasama pihak-pihal lain, seterusnya dikumpul oleh Cable.co .uk.

Jalur lebar lebih pantas untuk sektor pengajian tinggi

Sektor pendidikan tinggi mempunyai kelajuan jalur lebar yang lebih pantas kini, iaitu sehingga 100Gbps – di bawah Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia yang baru dijenamakan semula (juga dikenali sebagai MYREN-X) yang menghubungkan lebih 150 institusi yang terdapat di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata infrastruktur siber yang sebelum ini menghadapi cabaran dari segi kepantasan dan kemampuan untuk memproses data yang besar, hal ini melembapkan keupayaan saintis untuk melancarkan projek berimpak tinggi.

Beliau berkata inisiatif baru ini merupakan sebahagian daripada projek MYREN yang sebelum ini  menyediakan rangkaian berkelajuan tinggi khusus untuk pelanggannya di seluruh negara. “Dengan MYREN-X, kami berharap dapat meningkatkan lagi kapasiti ke 3,200Gbps. Ini akan meningkatkan lagi pemprosesan data dan komputasi berprestasi tinggi,” katanya di Universiti Malaya.

Penambahan kelajuan untuk sektor pendidikan dan penyelidikan

Menurut akhbar The Star beliau berkata, kerana negara sedang menjejakkan kaki ke  revolusi perindustrian keempat dalam era ekonomi digital, ia memerlukan infrastruktur siber yang dapat menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat secara cepat dan berkesan, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

“Dalam penyelidikan perubatan seperti barah, sistem pengkomputeran berprestasi tinggi   yang boleh memproses sehingga 26 bilion kod aksara sesaat diperlukan untuk mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pesakit,” katanya.

Rakyat mahu sistem pendidikan yang berkualiti dan mudah diakses 

Beliau berkata, melalui siri dialog TN50 kerajaan akan terus mengumpulkan maklum balas dan idea, terutamanya dari golongan belia

Salah satu aspirasi yang paling jelas dalam siri ini adalah untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi yang mudah diakses  semua golongan rakyat,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan berusaha keras untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk meletakkan universiti kita ke kedudukan 50 terbaik di dunia.  Najib juga mengalu-alukan usaha Kementerian Pengajian Tinggi untuk menubuhkan konsortiumnya sendiri iaitu MYREN Network Sdn Bhd  yang terdiri daripada 20 universiti awam.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker