Events

Event Hujung Minggu: 11 November – 12 November

SoundValley Festival 2017

Tempat: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Tarikh: 11 November – 12 November

Masa: 2 PM – 11.30 PM

Yuran Kemasukan: Tiket bermula daripada harga RM110

Pesta muzik dua hari ini menawarkan pelbagai genre muzik yang berbeza untuk semua pengunjung. Sebelas kumpulan tempatan dan antarabangsa yang terkenal dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England akan tampil di SoundValley Festival 2017, dan di antara mereka adalah Parti Bloc, Barasuara, Hujan, Bunkface, Otherside Ochestra, Loudness, Wings, May, Metalasia, FiftyOne50 dan Cassandra . Tiket boleh didapati di sini.


Pesta Makanan Korea GyeongGi-do

Tempat: Klang Parade

Tarikh: 8 November – 13 November 

Masa: 10 AM – 10 PM

Pesta Makanan Korea GyeongGi-do sudah tiba! Nantikan makanan Korea yang lazat dan banyak aktiviti seronok yang bertemakan Korea! Jangan ketinggalan untuk belajar lebih lanjut mengenai budaya Korea.


The Ballad of Narayama

Tempat: FAC3 @ Kepong

Tarikh: 8 November – 12 November

Masa: 8 PM

Yuran Kemasukan: RM120

Persembahan ini menggambarkan konflik antara adat Jepun dan sifat kemanusiaan di mana di sebuah kampung terpencil di Jepun, seseorang yang mencapai umur 70 tahun akan dibawa ke tempat yang tersembunyi di kawasan pergunungan untuk mati. Dalam persembahan ini, kita dapat melihat bagaimana amalan ini mempengaruhi hubungan di antara ahli keluarga.


Switch World di Sunway Pyramid

Tempat: Sunway Pyramid

Tarikh: 9 November – 12 November

Masa: 10 AM – 10 PM

Switch World telah kembali! dan ia dengan bangganya dianjurkan oleh Switch! Acara tahunan ini merupakan pameran produk daripada Apple, dan terdapat juga jenama hebat lain yang anda pasti akan suka!


Malaysia Autoshow 2017

Tempat: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Tarikh: 9 November – 12 November

Masa: 10 AM

Yuran Kemasukan: RM10

Bersempena dengan Festival SoundValley, Autoshow Malaysia 2017 juga akan diadakan di MAEPS, yang merupakan tempat pertunjukan terbesar di Malaysia. Tahun ini, ia merupakan autoshow yang terbesar berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peminat automotif.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker