AntarabangsaIsu Semasa

Uber Dan Nasa Bergabung Untuk Hasilkan “Teksi Terbang”

Syarikat Uber telah menandatangani kontrak bersama Nasa dalam harapan untuk menjayakan rancangan “teksi terbang” autonomi mereka untuk menghasilkan perisian bagi menguruskan perjalanan kenderaan terbang pertama tersebut.

Objektif utama yang ingin dicapai dari projek ini adalah untuk memudahkan lagi pengurusan trafik serta menjadikan perjalanan dari luar bandar lebih efisyen.

Uber mengatakan bahawa perkhidmatan teksinya akan berubah menjadi elektrik semata-mata dan perjalanan yang akan mengambil masa selama 80 minit dengan kereta dalam trafik jam yang sibuk dapat dikurangkan menjadi empat minit sahaja.

Dalam Sidang Kemuncak Web di Libson, Uber turut menyuarakan hasrat mereka untuk mengendalikan ujian pasaran keduanya selepas Dallas di udara pada tahun 2020 di serata bandar Los Angeles dalam kelajuan 200mph dengan muatan seramai empat orang penumpang.

Datuk Bandar LA, Eric Garcetti, yang menyokong ujian Uber di bandar tersebut berkata: “Los Angeles merupakan tempat yang sentiasa melahirkan para pencipta dalam membina idea baru yang boleh mengubah cara hidup kita. LA adalah landasan ujian terbaik untuk teknologi baru seperti ini dan saya berharap agar dapat melihatnya berkembang pada tahun-tahun akan datang.”

Kerjasama bersama Nasa ini adalah satu siri perkongsian terbaru Uber dalam usaha mereka untuk mendapatkan UberAir (gelaran terbaru perkhidmatan tersebut di udara).

Tambahan itu, syarikat berikut menjangkakan bahawa harga perjalanan satu perkhidmatan UberAir tersebut adalah lebih kurang dengan harga perjalanan yang diambil dengan menggunakan UberX.

Perkhidmatan teksi terbang ini diharapkan untuk dicapai sebelum Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker