Sukan

Malaysia Layak Sertai Kejuaraan AFC U-19

Malaysia telah melayakkan diri untuk menyertai Kejuaraan AFC Bawah-19 tahun di Indonesia pada Oktober tahun hadapan.

Skuad bawah-19 tahun kebangsaan itu menduduki tempat kedua di dalam Kumpulan F, layak sebagai pasukan runners-up ke-5 daripada 10 kumpulan yang bermain di dalam pusingan kelayakan.

Jordan, Arab Saudi, Qatar, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu, Australia, Korea Selatan, Jepun, Vietnam dan China masing-masing telah layak sebagai pemenang peringkat kumpulan. Sementara itu, Malaysia menyertai Iraq, Thailand, Korea Utara dan Taiwan sebagai 5 runners-up terbaik.

Jurulatih Bojan Hodak berkata presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengaturkan untuk pasukannya berlatih sambil bermain di Eropah sebagai persediaan untuk kejuaraan itu nanti.

Anak buah Hodak menduduki tempat kedua dengan 9 mata, di belakang juara Kumpulan F, Korea Selatan dengan 12 mata. Indonesia di tempat ketiga dengan 6 mata sementara Timor Leste dan Brunei masing-masing 1 mata.

Malaysia memulakan kempen mereka dengan kemenangan  3-1 ke atas Timor Leste pada 31 Oktober, sebelum menang tipis menentang Brunei 1-0 pada Sabtu yang lalu. Selain itu, Malaysia turut membelasah Indonesia 4-1 pada hari Isnin. Siri kemenangan mereka berakhir setelah tewas 0-3 kepada Korea Selatan pada hari Rabu.

Jurulatih yang berasal dari Croatia itu berkata pasukannya “telah banyak peningkatan, tetapi masih banyak ruang yang boleh ditambah baik”.

“Ketika menentang Korea Selatan, anda dapat lihat bagaimana mereka beraksi menentang antara pasukan yang terbaik di dalam lingkungan umur mereka. Kami memerlukan lebih banyak perlawanan seperti ini di masa hadapan,” ujar Hodak.

“Teknik dan taktik Korea Selatan adalah jauh lebih bagus daripada kami. Ini adalah aspek yang perlu kami perbaiki. Masalahnya adalah pembangunan…pembangunan mereka (Korea Selatan) adalah di tahap yang lebih tinggi tetapi mempunyai perlawanan yang sukar adalah bagus untuk kami.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker