Teknologi

iPhone X Di Malaysia 24 November Ini

iPhone X akan mula dijual di Apple Store Malaysia pada 24 November ini. Adakah penantian anda sudah hampir ke hujungnya?

iPhone X dijual pada harga RM5,149 untuk iPhone X 64GB dan RM5,899 bagi 256GB.

Setiap pembelian iPhone ini, anda akan menerima 5W USB Power Adapter bersama Lighting Cable, Earpods with Lighting Connector dan Lighting to Headphone Jack Adapter untuk pengguna menggunakan fon kepala pilihan mereka.

Namun, menurut sumber, 24 November ini adalah tarikh untuk beberapa unit terhad sahaja. Anda mungkin harus menunggu lagi jika kehabisan stok dan tarikh ini dikatakan memakan beberapa bulan lagi.

Ramai netizen memberi pendapat positif dan negatif mengenai harga iPhone ini.

RM5,000 bukan nilai yang sedikit untuk mereka yang berpendapatan biasa dan ianya satu harga yang tinggi bagi sebuah telefon pintar.

Namun, ada yang berpendapat harga ini wajar disebabkan fungsi-fungsi baru dan canggih yang ada pada telefon ini. Dan juga kerana ia merupakan telefon edisi terhad dan merupakan edisi ke-10 tahun iPhone, maka ada yang berpendapat harganya agak wajar.

Dalam 2 – 3 minggu sebelum ini, media sosial termasuklah YouTube dipenuhi bermacam-macam video reaksi ‘open box’ bagi iPhone X ini menjadikan netizen tidak sabar memilikinya.

Ada juga beberapa pengguna dari Malaysia yang sanggup membelanjakan lebih untuk mendapatkan iPhone X dari Singapura pada harga sekitar RM7,000 hingga RM10,000.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker