Isu SemasaPolitikTempatan

Semakin Dekat PRU14, Semakin Banyak ‘Lompat Parti’

Kadar ‘lompat parti’ di beberapa negeri menyaksikan peningkatan memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Memetik laporan The Star pada 28 September, seramai 12 Ahli Parlimen (MP) dan lebih daripada 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah bertukar parti ataupun menjadi calon bebas.

Penganalisis meramalkan bahawa lebih ramai ahli politik akan bertukar haluan dengan harapan untuk berada dalam parti sesuai untuk bertanding di kerusi-kerusi pilihan mereka.

“Dengan PRU14 semakin dekat, ramai yang akan mahu beralih (parti) dan keadaan ini mungkin berleluasa di segelintir negeri,” kata Prof Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Lompat parti juga berkemungkinan akan berlaku di Terengganu, di mana Barisan Nasional hanya mempunyai dua kerusi majoriti.

“Kedah juga mungkin akan membawa kejutan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata mempunyai pengaruh yang kuat,” katanya sambil menambah bahawa sekiranya perkara itu berlaku, kita bakal menyaksikan ramai ahli politik UMNO lompat parti.

PAS

Negeri Selangor, di mana PAS masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri walaupun telah ‘bercerai’ dengan Pakatan Harapan, juga mungkin akan menyaksikan lompat parti susulan kemasukan semula bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Bin Muhammad Taib ke dalam UMNO selepas beliau keluar daripada parti tersebut pada tahun 2013 untuk sertai PAS, dan kemudian turut lompat ke PKR.

Dalam pada itu, PAS merupakan parti yang paling terkesan dengan kejadian lompat parti sejak PRU13, di mana 6 orang ahli parlimennya telah keluar parti untuk menyertai parti Amanah.

Sekiranya diwujudkan sebuah undang-undang ‘anti-lompat parti’, Sivamurugan menyatakan bahawa pelaksanannya akan mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.

“Perkara yang bagus tentang undang-undang anti-lompat ini adalah ia akan mewujudkan kerajaan yang stabil, terutamanya jika kerajaan tersebut hanya mempunyai majoriti tipis.

“Keburukannya pula adalah ahli parlimen yang yang tidak berpuas hati dengan parti mereka tidak akan boleh keluar daripada parti semudah itu,” katanya.

Setakat ini, Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang telah meluluskan undang-undang tersebut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2012 dan dikuatkuasakan sehingga kini sejak bulan Feb setahun kemudian (2013).

Di Sabah pula menyaksikan sekurang-kurangnya 3 kes lompat parti berprofil tinggi dalam parti kompnen Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti pembangkang DAP.

Menurut penganalisis politik, Rahezzal Shah Abdul Karim yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Uitm Sabah, berubah haluan merupakan perkara biasa setiap kali pilihan raya berlaku.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker