Gaya HidupPercutian

Kampung Kecil Jadi Hotel Gergasi?

Perkampungan pergunungan terkecil di Switzerland telah memikirkan sebuah rancangan luar biasa untuk menyelamatkannya dari kepupusan, iaitu untuk menjadikannya sebuah hotel gergasi.

Penduduk kampung hanya 13 orang

Lapor DailyMail, Corippo,  sebuah kawasan perkampungan gunung yang terletak di Ticino, (di mana penduduknya berbahasa Itali) meramalkan bahawa ia mungkin akan pupus secara keseluruhan di masa hadapan kerana buat masa ini, ia hanya mempunyai 13 orang penduduk.

Perkampungan ini terletak pada ketinggian 600 meter (1,968 kaki) di atas paras laut. Ia  pernah mempunyai komuniti bersaiz 300 orang yang dahulunya sentiasa memenuhi kawasan-kawasan pertemuan dan gereja kecilnya.

Dengan sebuah keluarga tiga beranak tidak lama lagi akan berpindah hanya 10 orang  penduduk kampung yang tinggal.

Yayasan Corippo 75 menyelamatkan kampung dari kepupusan

Untuk menyelamatkan kampung ini dari kepupusan, sebuah yayasan iaitu ‘Corippo 75’ telah didirikan. Yayasan ini telah menghasilkan rancangan luar biasa iaitu melancarkan projek pembangunan semula sektor pelancongan.

Kampung ini mempunyai rumah-rumah batu yang indah, lorong-lorong sempit dan pemandangan gunung yang menakjubkan. Semua ini akan diubah menjadi satu kompleks hotel besar untuk memberikannya kembali kehidupan.

Di bawah projek yang diberi nama ‘Albergo Corippo’, restoran di kawasan pertemuan utama akan diubah menjadi kawasan resepsi hotel, sementara chalet-chat batu akan diubah menjadi bilik hotel.

Asas-asas projek ini  telah dimulakan bertahun-tahun yang lalu dan dimulakan oleh majlis Corippo, kawasan Ticino dan pihak pentadbiran kebangsaan, dan setakat ini mereka telah memperoleh puluhan rumah di desa tersebut.

Presiden  yayasan yang juga arkitek projek ini, Fabio Giacomazzi berkata: ‘Setiap rustico [kabin tradisional] akan diberi nama berdasarkan nama keluarga yang pernah menetap di  dalamnya.

Pemadangan di dalam salah sebuah rumah di Corippo yang bakal dijadikan hotel

Projek ini diilhamkan negara Itali, di mana skim pembangunan semula yang serupa di sana telah memberi kehidupan kepada bandar-bandar yang telah ‘mati’ seperti Corippo.

Pelbagai pembaharuan untuk menarik kedatangan pelancong

Giacomazzi juga mahu membaiki kilang-kilang lama dan merancang untuk menanam ladang rye secara berteres.   Dia berkata: ‘Dengan cara ini Corippo akan menghasilkan roti sendiri, seperti yang dilakukan pada masa lampau oleh nenek moyang kami’

Rancangan lain termasuk mengadakan perkhidmatan bas ulang-alik untuk membawa tetamu ke perhentian bas yang terdekat, lawatan ke kawasan-kawasan indah di sekitarnya, lawatan ke muzium dan kelas memasak.

Claire Amstutz, 61 tahun yang berasal dari bahagian Switzerland yang berbahasa Jerman tetapi telah tinggal di Lembah Verzasca selama 18 tahun, mempunyai pandangan yang positif tentang projek ini.

Dia kini mengendalikan sebuah restoran kecil di dataran perkampungan ini. Amstutz berkata: ‘Restoran ini akan dibesarkan. Ia bukan sahaja akan menghidangkan sarapan pagi malah akan menawarkan perkhidmatan pusat penginapan’.

Pengalaman tradisional Corippo memberikan pengalaman unik bagi pengunjung

Dia yakin bahawa pengalaman tradisional di Corippo akan memikat hati pelancong yang berkunjung ke sana.

Bilik tidur di dalam salah sebuah rumah di Corippo

Menurut media tempatan, yayasan ini merancang harga antara  £ 75 (RM 417.66) dan £ 91 (RM 506.76) satu malam termasuk sarapan pagi.

Rancangan untuk masa depan Corippo telah menjadi perkara hangat bagi industri pelancongan Switzerland, memandangkan Persatuan Hotel Swiss telah menganugerahkan Albergo Corippo Anugerah Hotel Berinovasi tahun ini.

Pekan itu dijangka akan mula beroperasi pada musim bunga tahun 2018.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker