Gaya HidupMakan & Minum

Habiskan Masa Anda di Homez Cafe

Kafe bukan sahaja tempat untuk makan dan minum bersama rakan, malah ramai yang ke kafe untuk menyiapkan kerja ataupun belajar.

Kadang-kadang apabila kita membuat kerja ia rasa seperti kita tinggal melebihi tempoh masa yang dialu-alukan.

Kini banyak kafe jenis Ziberflat yang semakin naik di Malaysia, di mana ‘semuanya adalah percuma, kecuali masa yang anda habiskan di sana.’

Sekarang terdapat satu lagi yang di buka di Setapak bernama Homez.

Homez adalah kafe yang mempunyai konsep ‘bayar untuk setiap minit’ anda berada di ruang kafe yang berfungsi sebagai ruang kerja bersama dan juga hab sosial. Ia adalah konsep yang diilhamkan oleh Ziferblat di mana pelanggan membayar untuk masa yang dihabiskan di ruang kafe, dan bukan untuk makanan.

Seperti yang dikatakan oleh pihak Homez, “Terdapat satu peraturan hidup yang kita panggil “Ada Masa untuk Semuanya”. Masa untuk berehat dan masa sibuk, masa untuk bermain-main dan masa untuk bekerja, masa untuk menerima dan masa untuk memberi, masa untuk memulakan dan masa untuk menyelesaikannya.”

Dan begitu juga cara Homez menghargai masa di kafe mereka dengan mengenakan caj berdasarkannya. Caj adalah seperti berikut:

RM0.10 = 1 minit
RM6 = 60 minit
RM10 = 100 minit

Waktu yang selebihnya adalah percuma, bermakna anda boleh menghabiskan sepanjang hari di sini dengan hanya mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM10.

Apabila di Homez, anda bebas membawa makanan anda sendiri tetapi jangan lupa untuk membersihkan tempat anda sebaik sahaja anda selesai. Para pelanggan juga digalakkan membersihkan pinggan mangkuk selepas menghidangkan makanan mereka sendiri. Untuk masuk semula, ia adalah tertakluk kepada jumlah pelanggan dalam ruang kafe pada masa itu.

Anda boleh menghabiskan masa bekerja, belajar atau bersosial dengan orang lain yang berkongsi ruang kafe dan menikmati kemudahan seperti:

  • Wi-Fi
  • Soket plag
  • Buku
  • Permainan papan
  • Guitar
  • Kopi & Teh
  • Roti, Makanan ringan dan Kek

Homez Setapak Café

Jam beroperasi: 10 am – 12 am, setiap hari

Alamat: No 22A-1, Lot B-12-1, Plaza Usahawan Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300, Kuala Lumpur

Laman web: Homez Setapak Café

Tel: 016-218 4242

Semua Kredit Imej: Homez

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker