Teknologi

Waymo Lancarkan E-hailing Tanpa Pemandu

Waymo, yang dahulunya dikenali sebagai kereta pandu sendiri daripada Google, telah melancarkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber tanpa pemandu, selepas menguji kenderaan tersebut di jalanan Arizona.

Waymo, yang dimiliki oleh syarikat induk Google iaitu Alphabet, berkata orang awam boleh menaiki kenderaan Fiat Chrysler Pacifica minivan yang telah dimodifikasi dengan teknologi tanpa pemandu dalam masa beberapa bulan akan datang. Pada mulanya penumpang akan ditemani oleh pekerja Waymo tetapi lama-kelamaan mereka akan menaikinya sendiri dalam kereta robotik itu.

Perkhidmatan ini pada mulanya boleh digunakan oleh mereka yang sudah pun menjadi terlibat di dalam percubaan awam syarikat itu yang sedang dijalankan di Phoenix. Pada permulaan, tambang perkhidmatan ini adalah percuma, tetapi Waymo akan mula mengenakan bayaran untuk perjalanan pada masa akan datang.

“Kerana kami melihat begitu banyak potensi dalam mobiliti berkongsi, cara pertama yang orang ramai dapat merasai sendiri teknologi pemanduan sendiri Waymo adalah melalui perkhidmatan tanpa pemandu,” kata ketua eksekutif Waymo, John Krafcik.

“Untuk menggunakan kenderaan di jalan awam tanpa sesiapa di balakang stering, kami telah membina beberapa ciri keselamatan unik ke dalam minivan ini. Sistem kami menjalankan beribu-ribu pemeriksaan dengan sendiri setiap saat. Dengan pemeriksaan ini, sistem kami akan segera dapat menentukan sebarang masalah dan berhenti ke tepi atau berhenti secara selamat jika perlu,” kata Krafcik.

Waymo telah menguji teknologi tanpa manusia di belakang stereng ini sejak 19 Oktober yang lalu. Kenderaan berautonomi dilihat sebagai langkah seterusnya yang logik untuk syarikat-syarikat e-hailing seperti Uber.

Menurut The Guardian, Waymo telah menguji sistemnya di enam negeri di seluruh Amerika Syarikat. Waymo bermula daripada projek penyelidikan kenderaan pandu sendiri yang dijalankan oleh Google X, syarikat subsidi Alphabet Inc.

Krafcik berkata Waymo telah meneroka banyak kegunaan untuk teknologinya, termasuk perkongsian pengangkutan, kenderaan penggunaan peribadi, pengangkutan trak dan logistik.

Syarikat kenderaan yang memandu sendiri mengatakan bahawa kereta robot berpotensi menjadi lebih selamat daripada kenderaan yang dipandu oleh manusia kerana mereka tidak mempunyai risiko mengantuk, gangguan atau mabuk.

Kenderaan berautonomi juga berpotensi membantu mengurangkan kesesakan dan pencemaran di kawasan bandar dengan mengeluarkan kenderaan persendirian dari atas jalan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker