AntarabangsaIsu Semasa

Kualiti Udara Lebih Teruk Daripada “Menghisap 50 Batang Rokok”

Penduduk di New Delhi, India menyeru kepada pihak berwajib di negara itu supaya mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk ‘membersihkan’ kualiti udara yang semakin bertambah buruk dan bahaya.

Kini, pihak berkuasa telah menutup semua sekolah di bandar tersebut selepas tahap pencemaran udara mencapai 30 kali ganda lebih daripada tahap yang selamat.

Oleh itu, seramai 5 juta pelajar diarahkan untuk duduk di rumah sehingga hari Ahad, 12 November 2017 sementara kerajaan berusaha untuk menangani masalah jerebu yang sangat teruk itu.

Pada hari Rabu, kedutaan Amerika Syarikat di bandar itu menyaksikan kadar PM2.5 (habuk yang diukur bersaiz lebih halus dari saiz 2.5 mikron), yang melebihi 700, iaitu 28 kali ganda lebih tinggi daripada garis panduan tahap udara selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bukan itu sahaja, malah di segelintir bahagian di New Delhi, kualiti udara terlalu buruk sehingga ia mencecah bacaan maksimum iaitu 999, yang dikatakan lebih teruk daripada menghisap 50 batang rokok dalam sehari.

Para doktor juga menyeru supaya acara larian marathon yang dijadualkan untuk berlangsung pada 19 November nanti dibatalkan dengan serta merta bagi melindungi pelari dan sukarelawan yang terlibat.

“Kita kini berada dalam kecemasan perubatan…kita sedang memendekkan nyawa kita,” kata Dr Arvin Kumar, seorang doktor dari Hospital Sir Ganga Ram.

“We are in a state of medical emergency… we are all shortening our lives,” Dr Arvind Kumar of Sir Ganga Ram Hospital said.

Timbalan Ketua Menteri New Delhi, Manish Sisodia dalam satu kenyataan di Twitter berkata: “Disebabkan kualiti udara yang merosot di Delhi, kesihatan kanak-kanak tidak boleh dikompromi.

“Kami telah mengarahkan penutupan semua sekolah di Delhi sehingga hari Ahad.”

Dalam pada itu, Persatuan Perubatan India menyifatkan situasi berkenaan sebagai kecemasan kesihatan awam dan meminta kerajaan untuk “membendung ancaman ini”.

Memetik laporan Sky News, New Delhi mempunyai populasi penduduk seramai 20 juta orang, dan ia merupakan bandar yang paling tercemar di dunia.

Bulan lepas, memandangkan jerebu semakin buruk, kedai-kedai dilarang daripada menjual mercun dan bunga api untuk sambutan Deepavali.

Walau bagaimanapun, orang ramai tetap bermain mercun ketika meraikan sambutan itu dan memburukkan lagi keadaan, ramai petani di utara India juga membakar tunggul selepas menuai.

Difahamkan, perbuatan itu merupakan perkara biasa untuk dilakukan walaupun ia telah dilarang secara rasmi oleh kerajaan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker