Gaya HidupKesihatan

Keguguran Rambut Wanita

Keguguran rambut wanita (female pattern hair loss) juga dikenali sebagai androgenetic alopecia, adalah keguguran rambut yang memberi kesan terhadap wanita. Ia serupa dengan keguguran rambut yang dialami golongan lelaki, namun kaum hawa mengalami keguguran rambut mereka dengan corak yang berbeza daripada lelaki,  lapor Healthline.

Masalah ini adalah normal, terutamanya apabila meniti usia. Dua pertiga wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus. Kurang daripada separuh golongan hawa mempunyai rambut yang lebat ketika mencecah usia 65 tahun

Tanda-tanda keguguran rambut wanita

Dalam kes ini, fasa pertumbuhan rambut menjadi lambat. Rambut baru juga memerlukan masa yang lebih lama untuk mula tumbuh.  Folikel rambut mengecut,hal ini menyebabkan rambut yang tumbuh menjadi lebih nipis dan halus. Keadaan ini boleh menyebabkan rambut mudah putus.

Adalah normal untuk kaum hawa gugur 50 sehingga 100 lembaran rambut setiap hari, namun bagi mereka yang mengalami masalah ini, mereka boleh kehilangan lebih banyak rambut.

Bagi golongan lelaki, keguguran rambut bermula di bahagian depan kepala seterusnya berkurang ke sehingga ke bahagian belakang kepala sehingga botak. Golongan wanita pula boleh kehilangan rambut dari seluruh kepala, bermula dari garisan tengah di kepala. Rambut di sisi dahi juga boleh menipis.

Wanita kurang cenderung untuk mengalami keadaan di mana mereka mengalami keadaan botak sepenuhnya, namun rambut mereka mudah nipis.

Doktor membahagikan keguguran rambut wanita kepada tiga kategori:

  • Jenis I adalah sedikit penipisan yang bermula di sekeliling sebuah bahagian.
  • Jenis II melibatkan peningkatan bahagian tersebut serta penipisan kawasan di sekitarnya.
  • Jenis III adalah penipisan di keseluruhan kepala, dengan kawasan botak yang ketara di atas permukaan kulit kepala anda.

Punca-punca keguguran rambut wanita

Menurut NY Times sehelai rambut tumbuh dari folikelnya pada kadar purata kira-kira 1/2 inci  setiap bulan. Setiap rambut tumbuh selama 2 hingga 6 tahun, kemudian berhenti tumbuh, seterusnya gugur. Kemudian, rambut baru akan tumbuh di tempatnya.

Masalah botak berlaku apabila rambut gugur dan rambut baru yang normal tidak tmenggantikannya. Punca-punca keguguran rambut wanita masih tidak dapat difahami dengan baik, namun hal ini mungkin berkaitan dengan:

  • Penuaan
  • Perubahan dalam tahap androgen (hormon lelaki). Sebagai contoh, selepas melalui menopaus, ramai wanita mendapati bahawa rambut di kepala menjadi lebih tipis, manakala rambut di wajah mereka menjadi lebih kasar.
  • Genetik

Keguguran rambut diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak , malah ia melibatkan banyak gen berbeza. Gen ini boleh diwarisi sama ada dari ibu  atau bapa. Anda mungkin mengalami keguguran rambut wanita  jika ibu, bapa, atau saudara dekat yang lain mengalami keguguran rambut.

Rawatan

Jika tidak dirawat,  keguguran  rambut adalah masalah yang kekal, Dalam kebanyakan kes, keguguran rambut adalah ringan hingga sederhana. Rawatan tidak diperlukan jika anda selesa dengan penampilan anda.

Ubat-ubatan

Satu-satunya ubat yang diluluskan oleh United States Food and Drug Administration (FDA) untuk merawat masalah ini adalah minoksidil. Ia digunakan di kulit kepala.

  • Kepekatan yang disyorkan bagi wanita adalah 2%
  • Minoxidil boleh membantu rambut tumbuh bagi seorang daripada 4 atau 5 orang wanita. Bagi kebanyakan wanita ia mungkin melambatkan atau menghentikan keguguran rambut.
  • Ubat ini perlu digunakan untuk masa yang lama. Keguguran rambut akan bermula semula jika penggunaannya diberhentikan

Pemindahan rambut

Pemindahan rambut mengambil  sekumpulan kecil rambut dari kawasan di mana rambut lebih tebal diambil serta diletakkan di kawasan yang semakin botak. Hal ini mungkin menyebabkan parut kecil di mana rambut diambil. Terdapat juga risiko jangkitan kulit. Anda mungkin memerlukan banyak pemindahan. Prosedur ini mungkin memakan kos yang banyak, Walaubagaimanapun, hasilnya sering kali sangat baik dan kekal.

Penggunaan implan rambut yang diperbuat daripada gentian tiruan telah dilarang oleh FDA kerana terdapat kadar jangkitan yang tinggi.

Menjahit rambut ke kulit kepala adalah tidak digalakkan. Ia boleh mengakibatkan parut, jangkitan, seterusnya pengumpulan nanah di kulit kepala.

Prosedur pemindahan rambut

Tenunan rambut (hair weaving) rambut palsu atau perubahan dalam gaya rambut boleh menyembunyikan keguguran rambut dan mungkin boleh membaiki penampilan anda. Ini selalunya cara paling murah dan paling selamat untuk menangani keguguran rambut wanita.

Tips penjagaan rambut

Anda tidak boleh menghalang keguguran rambut wanita, tetapi anda boleh melindungi rambut anda dari kerosakan dan keguguran.

  • Amalkan diet yang sihat. Dapatkan zat besi yang mencukupi dari makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau gelap, kacang, dan bijirin yang diperkaya.
  • Elakkan rawatan yang boleh memutuskan atau merosakkan rambut anda, seperti kerap meluruskannya, menggunakan peluntur, dan mengerintingkannya
  • Tanya doktor anda jika ubat yang anda ambil menggalakkan keguguran rambut. Jika ya, tanya jika anda boleh tukar ubat yang lain.
  • Jangan merokok. Ia merosakkan folikel rambut dan boleh mempercepatkan keguguran rambut.
  • Pakai topi apabila anda keluar. Terlalu banyak pendedahan kepada matahari boleh merosakkan rambut anda.
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker