AntarabangsaIsu Semasa

Peserta Miss Peru Senaraikan Statistik Keganasan Terhadap Wanita

Peserta di pertandingan Miss Peru tahun ini telah menggunakan pertandingan tersebut sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang nasib wanita dan kanak-kanak perempuan di negara mereka, di mana keganasan berdasarkan jantina tidak dikenakan sebarang hukuman.

Ketika segmen baju renang dan kecantikan dalam pertandingan tersebut, peserta berpakat mengadakan protes yang kini telah tular.

Walaupun kini dianggap sebagai segmen yang ketingalan zaman, perserta ratu cantik kadang-kadang perlu memberi ukuran badan mereka (dada-pinggang-pinggul) apabila memperkenalkan diri.

Peserta wanita yang mewakili kawasan yang berbeza di negara Amerika Selatan itu, mengambil langkah ke hadapan dan, pada mulanya, kelihatan seolah-olah mereka akan berbuat demikian.

Tetapi di sebaliknya, mereka memberi fakta tentang femicide (pembunuhan wanita) dan keganasan terhadap wanita di negara mereka.

Nama saya Camila Canicoba, dan saya mewakili Lima. Ukuran saya adalah: 2,202 kes femicide dilaporkan dalam tempoh sembilan tahun yang lalu di negara saya.”

Nama saya Melina Machuca, saya mewakili Cajamarca, dan ukuran saya adalah: lebih daripada 80 peratus wanita di bandar saya mengalami keganasan.”

 

“Nama saya Juana Acevedo, dan ukuran saya: lebih daripada 70 peratus wanita di negara kami adalah mangsa gangguan jalanan.”

Almendra Marroquín di sini. Saya mewakili Cañete, dan ukuran saya adalah: lebih daripada 25 peratus perempuan dan remaja telah didera di sekolah mereka.”

Nama saya ialah Luciana Fernández, saya mewakili bandar Huánuco, dan ukuran saya adalah: 13,000 wanita mengalami penderaan seksual di negara kami.”

Nama saya ialah Bélgica Guerra, dan saya mewakili Chincha, Ukuran saya adalah: 65 peratus wanita universiti didera oleh pasangan mereka.”

 

Pemenang pertandingan itu berkata dalam pernyataannya:

Nama saya ialah Romina Lozano, dan saya mewakili wilayah perlembagaan Callao, dan ukuran saya adalah: 3,114 wanita adalah mangsa pemerdagangan sebelum tahun 2014.”

 

Penganjur pertandingan ratu cantik itu juga memaparkan keratan akhbar di belakang peserta ketika mereka memperkenalkan diri, termasuk wajah lebam Lady Guillén, seorang hos TV. Salah satu kes yang terkenal yang  telah mencetuskan perarakan Ni Una Menos terhadap keganasan jantina di Lima tahun lepas.

Pergerakan memperjuangkan hak-hak wanita telah mencapai titik tertinggi apabila sebuah video yang mengejutkan telah dirakam pada tahun lepas di sebuah hotel di Ayacucho, Peru.

Ia menunjukkan Adriano Pozo yang berbogel menarik rambut teman wanitanya, Cindy Arlette Contrera, dan mengheret wanita itu ketika dia cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, dia tidak menerima hukuman penjara, dan dikenakan denda kira-kira $1500 (RM6333).

Broadly melaporkan, penganjur protes di Peru berkata ketidakadilan ini adalah tindakan terakahir untuk pergerakan wanita yang menentang keganasan wanita yang semakin meningkat.

Seorang promoter protes memberitahu, “Ia adalah titik terakhir yang memenuhi cawan. Kebanyakan wanita berasa, jika video seperti ini tidak memberi kami sebarang perlindungan, ia sangat terang yang tiada sesiapa yang akan melindungi kami. Kerajaan memang tidak akan menolong.”

Pada segmen terakhir setiap wanita ditanya apakah undang-undang yang akan mereka ubah untuk menangani keganasan terhadap wanita.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker