Isu SemasaTempatan

Malaysia-China Kini Jalin Diplomasi Durian

Pepatah lama Cina menyatakan “One generation plants the trees; another gets the shade” (apa yang kita lakukan hari ini akan mengubah kehidupan generasi akan datang).

Frasa ini sesuai menggambarkan usaha yang amat besar dilakukan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengeratkan hubungan dua hala dengan kuasa ekonomi China, lapor BERNAMA.

Ia sesuatu yang tidak mudah walaupun sejarah menunjukkan hubungan unik itu bermula kira-kira 600 tahun yang lepas antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming, namun ia masih mengambil masa beberapa dekad untuk membina kepercayaan yang diperlukan antara kedua-dua negara yang mempunyai ideologi politik berbeza.

Untuk hubungan pascamoden, semuanya bermula dengan sepucuk surat diplomatik yang dihantar bapa Najib, Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak kepada Perdana Menteri Cina pada masa itu Zhou En Lai pada 1971, sebelum mengadakan hubungan diplomatik dua hala secara rasmi pada 1974, kepada ‘diplomasi panda’ – yang mana ‘Fu Wa’ dan ‘Feng Yi’ dihantar sebagai ‘simbol keamanan’ sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Kini, tumpuan diarahkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memulakan inisiatif Festival Durian Malaysia 2017 di Nanning, Wilayah Guangxi, sebagai langkah untuk mengukuhkan ‘Diplomasi Durian’.

Festival tiga hari yang diadakan itu adalah lebih daripada membawa durian terbaik di Malaysia (Musang King) serta produk berasaskan Malaysia yang lain seperti sarang burung, nanas, nangka dan banyak lagi, kerana ia merupakan langkah pelbagai untuk menembusi kemungkinan pasaran China yang menguntungkan.

Festival itu, yang pertama kali diilhamkan oleh Ahmad Shabery ketika pertemuannya dengan Naib Gabenor Wilayah Guangxi pada November tahun lepas, ternyata menjadi pendekatan luar biasa apabila masyarakat tempatan berpusu-pusu ke festival berkenaan, dan beratur untuk beberapa jam semata-mata mahu merasai keenakan ‘Mau Shan Wang’ atau Musang King yang terkenal itu.

Ada yang memberitahu mereka datang dari wilayah lain dan mengambil cuti hanya untuk menghadiri festival yang berakhir pada Ahad, dengan kira-kira 150,000 pengunjung memeriahkan festival yang terletak di hadapan Hang Yang City Mall yang popular itu.

Semasa festival tiga hari itu, sebanyak tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara koperasi serta syarikat China dan Malaysia, yang mana kebanyakan objektifnya untuk menggalakkan pembangunan pertanian, ekonomi dan perdagangan serta untuk terus meneroka kerjasama perniagaan bagi peningkatan nilai.

Sehingga Julai tahun ini, jumlah nilai perdagangan antara dua negara mencecah RM4.66 bilion dan Malaysia kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN di China untuk lapan tahun berturut-turut.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker