Teknologi

Samsung Gear Sport – Bagi Mereka Yang Lasak

Bagi peminat smartwatch dan anda juga seorang yang aktif, Samsung telah mengeluarkan Samsung Gear Sport (SGS), smartwatch terbaru yang lebih mesra buat pengguna yang suka bersenam atau bersukan.

Didatangkan dengan 2 model variasi, hitam dan biru, SGS tampak lebih sporty dan lebih ringan bagi mengurangkan beban ketika bersenam.

Jam ini didatangkan dengan tali (strap) plastik yang lebih fleksibel. SGS dibina kalis air dan mampu bertahan di dalam air sedalam 50 meter serta tahan kalis air laut.

Smartwatch ini juga didatangkan dengan lebih 60 jenis tutorial senaman, aplikasi ini boleh dipancarkan ke set televisyen dan mendapatkan panduan senaman.

Selain menyimpan rekod senaman, Samsung Gear Sport juga memiliki fungsi untuk merekod kadar kalori dalam badan. Aplikasi ini memberikan anda butiran yang lebih terperinci sekiranya anda mengambil lebih atau kurang kalori untuk hari tersebut.

Fungsi lain yang menarik pada smartwatch ini adalah Samsung Pay; aplikasi e-bayar. Ia membolehkan pemilik melakukan pembayaran dengan menggunakan smartwatch ini selain menggunakan telefon pintar mereka.

Seperi model Samsung Gear sebelumnya, anda juga mampu menjawab panggilan serta menerima mesej terus melalui jam ini tanpa mengeluarkan telefon dari poket anda.

Jam ini mampu bertahan sehingga 48 jam dengan kadar penggunaan yang minimal menggunakan bateri berkapasiti 300mAh.

Ketika artikel ini ditulis, Samsung Gear Sport masih belum berada di pasaran Malaysia, namun anggaran harganya adalah sekitar RM1,500 hingga RM1,700 bagi mereka yang berhasrat untuk memiliki smartwatch ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker