Sukan

Safiq Rahim: JDT Layak Memenangi Piala Malaysia

“Bukan angkuh, cuma lebih baik” adalah tanggapan yang paling sesuai dengan juara baru Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemenang Liga Super itu merangkul piala kedua mereka musim ini apabila menewaskan juara bertahan, Kedah dengan 2-0 ketika bermain di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada malam Sabtu yang lalu.

Kelab Harimau Selatan itu kini telah memenangani kesemua trofi yang ditawarkan di dalam liga tempatan sejak melalui penjenamaan semula pada 2012, menjulang piala FA pada 2016, dan piala Liga Super dari 2014-2017. Kelab itu juga menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang telah memenangi Piala AFC pada 2015.

Kapten JDT, Safiq Rahim menggambarkan kemenangan Piala Malaysia itu sebagai “mimpi yang menjadi kenyataan” dan ia telah membuatkan beliau dahagakan untuk memenangi lebih banyak piala bersama pasukannya itu.

 

 

“Untuk mencapai lebih tinggi, kita perlu sentiasa bersatu.

“Kami layak untuk menang kerana kami adalah yang terbaik.

“Kami hanya menumpukan sepenuh perhatian bermain cara kami sehingga ke penghujung.

“Kami telah memenangi kesemua tahkta tempatan, tetapi saya masih lagi dahagakan kemenangan.

“Saya perlu bekerja lebih keras untuk (mendapatkan) lebih banyak piala.

Khairul Helmi Johari, kapten pasukan Kedah mengaku bahawa JDT adalah pasukan yang lebih baik.

“Kami mahu mempertahankan takhta itu. Kami berlawan berungguh-sungguh untuk mara ke perlawanan akhir, itulah sebabnya kami kecewa kerana gagal mempertahankan Piala Malaysia,” ujar pemain dari Sungai Petani itu.

 

Image may contain: 3 people, people playing sport and outdoor

 

“Saya perlu berterima kasih kepada pegawai jurulatih, pegawai pengurusan serta peminat kami di atas sokongan mereka.

“Saya berpuas hati dengan persembahan kami, walaupun kalah.

“Ini bukanlah pengakhirannya, kami akan kembali dengan lebih kuat pada musim akan datang.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker